Thursday, 26 December 2013

yeahh 5A 3B

hyeee lame x update... akhir nye  syira da terlepas dri prasaan gementar.... untuk result pmr 2013 syirah just dpt 5 A 3 B... al hamdulillah ..terima kasih ya ALLAH... trima kasih cikgu inta dan ckgu azha... di sebab kan kalian x jemu ajar bdk yg susah nak score math nie... akhirnya math syirah A!! BGITU JUGA PADA CKGU IDHAM... walaupun ckgu stop ajar syirah sblum exam... tapi cikgu still bri tunjuk ajar pada syirah...... trima kasih bnyk bnyk cikgu idham.... love u teachers....

Friday, 25 October 2013

fmy first sweet job

hyee  u ols.... hmm syirah dah muler edarkan borang penyertaan eksplorasi gua tempurung anjuran math clinic... first meeting along take me from school trus ker opis along.... its okay... i just want to enjoy n want to help them... n my fwenz to get happening program in this holiday.... along is a goob brother for me.... btw dulu syirah takoot giler ngan die... ye lar... along nie org nye garang... tapi garang2 die... die la yg syirah paling selesa tuk comunicate or doing work with him...other than boys n man that i know... haha syirah rase dah banyak menyusah kan die...
 kesian along...
 when i with him ... rase cam dilindungi n i got my own brother to protect me...
 but syira x mintak pon la... ckup la sekadar kenal along....
he is the best brother to me... even selalu kene marah ngan along...

ckgu nik kate syirah suke bebunga2 mmg la syirah nak semua org happi x nak asyik lihat org yg syirah sayang hanya kluarkan air hujan jer... allah sentiasa ada dgn kita... jadi syirah nak org skliling syirah sentiasa tersenyum yer.... i always love u... btw syirah x harap aper2 blsan pon untuk org syg balik or what ever k... bye wassalam....

Friday, 4 October 2013

sya cha ra ira

askm.... hurmmmm

cikgu usop dah kene g skolah laen ... ckgu yg gntikan cikgu usop dah dtg..... sedeh nye.... smoga cikgu lebih selesa d tmpat baru.... smkbdp tlah kehilangan insan yg terhebat dlm hidup smkbdp... seorg ayah untuk kami semua... org akn rindukan suara dan senyuman nya.. walaupon org tiga tahun bru bersama smkbdp tpi kehilangan tetp terasa.... knaper yer tahun nie banyak perpisahan yg berlaku sblum smpai mase nye... mungkin dah suratan takdir.... terima la dgn ikhlas.... ain call org smlm tanye pasal blog... hahaha kelakar la... blog org x de pe pon just nak taip taip jer... dn kongsi kan info2 yg diterima... org dpt soalan spot untuk saens so dah bgi kat kengkawan tetibe tringat ank ckgu kamarul... die form 3 juga... di sbb kan x tau nak pas cm ner... bagi tau kat abg ayie coz dak tu spupu abg.... niat org ikhlas laen lak yg abg pikir err.. sabar je lah.... dah ahh tersalah antar mesej ... nak antar at ckgu idham tetibe antar kat abg... errrr siries malu hahaha... cikgu idham mcm biskut tah aper yg jadi pon org x tau.... cikgu busy kot... uhuhuhuh  ehh org nak kongsikan spot chapter tuk sains klo de rezeki insha allah masok...

skop exam sains dari penang.. bace2 lah... ade rezeki in sha allah kluar..tuk tatapan bersama


mono stereo vision
vision defects
menstrual cycle
electrolysis
class of lever
neutralization
electric circuit
tropism
respiration
blood circulatory system..

doa la bebanyak tuk dipermudahkan nak jawab exam yer... manjaddawajada

Friday, 27 September 2013

Maths Clinic Cheras : MATHS CLINIC @ SUKANTON SMK DAMAI PERDANA

Maths Clinic Cheras : MATHS CLINIC @ SUKANTON SMK DAMAI PERDANA: Hai guys and girls..ok nak story mory sikit ye sebab admin dah lama x post story baru nie, pada 21 sept 2013 bertempat di SMK DAM...

from along..

Saturday, 7 September 2013

NOTA CIKGU IDHAM

NOTA SALING
Yg ttg perkataan "saling" tu xboleh wujud di depan perkataan yg membawa maksud saling -–----------------- Contoh: Saling bersalam-salaman (salah)>>>sbb "bersalam-salaman" sudah membawa maksud saling.... ----------------- Jadi syirah kene pilih antara salah satu sama ada "saling bersalam" @ "bersalam-salaman"


NOTA KATA KERJA BENEFAKTIF
ttg kata kerja benefaktif..contoh
a) Ali membelikan adiknya seekor kucing Siam. b)Ali membeli seekor kucing Siam untuk adiknya.
Pasangan imbuhan meN- dan meN-_-kan, kita gunakan rumus objek tidak bernyawa dan objek bernyawa.
Adakah seekor kucing itu bukan objek bernyawa? ------------------------ Penjelasan:- Untuk apitan `membelikan’ yang berpasangan dengan perkataan `membeli’, cara pertama untuk menentukan penggunaannya yang tepat adalah dari segi makna, iaitu penanda `kan’ yang bermaksud benefaktif. Penanda `-kan’ dalam perkataan `membelikan’, `membuatkan’, `menjahitkan’, dan sebagainya bermaksud benefaktif, iaitu melakukan pekerjaan untuk orang lain seperti `membelikan ibu’, `membuatkan ayah’, `menjahitkan adik’, dan sebagainya.
Cara yang kedua ialah syirah gunakan petua, iaitu objek bernyawa dan objek tidak bernyawa. Tapi petua ini kadangkalanya tidak menepati semua keadaaan.
syirah hafal rumus ye...... ___________________ *Membelikan(siapa)(apa) *Membeli (apa) untuk (siapa) ___________________ *Menjahitkan(siapa)(apa) *Menjahit (apa) untuk (siapa) ___________________ *membuatkan (siapa) (apa) *membuat (apa) untuk (siapa)
Memper+kata sifat= tiada "kan"
Cth mempercantik , memperlebar memperluas memperbesar
Selain dari kata sifat memper boleh ada kan di hujung
Cth memperlakukan
Memperdayakan


NOTA "DI"
"Di" ad dua.. 1.imbuhan 2.kata sendi
Imbuhan dieja rapat dengan kata kerja
Kata sendi menunjukkan arah
Diambil Ditulis Dimakan Diminum
Di sana Di sekolah Di taman Di situ
Dikebumikan Di rumah

Kata sendi "di" menunjukkan jarak@lokasi@tempatsesuatu@seseorang berada
Dalam kalangan pelajar
Di dalam beg sekolah
Di dalam kelas
Dalam perhimpunan agung PBB
"di dalam" merujuk kpd benda@orang itu sudah berada di mana

NOTA KATA PEMERI
kata pemeri 'ialah' hadir di hadapan frasa nama, manakala 'adalah' hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri juga pada umumnya tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi, kecuali dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif. Selain itu kata pemeri turut tidak boleh hadir di hadapan frasa atau kata kerja.
Penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat-ayat bahasa Melayu.
Kata pemeri 'ialah' berfungsi membuat takrifan. Kata ini menghubungkan subjek dan predikat yang seimbang. Contoh:
Angin ialah udara yang bergerak. Demokrasi ialah sistem pemerintahan yang didasarkan kepada rakyat. Kata pemeri 'adalah' pula memberi huraian atau penjelasan mengenai subjek. Kata ini menghubungkan subjek dengan predikat yang menjadi huraiannya. Contoh:
"Surat itu adalah untuk ibu saya di kampung". Melihat filem adalah dengan mencari tema dan persoalannya". Merupakan tergolong dalam kata sendi. Fungsi 'merupakan' menunjukkan makna seperti. Contoh:
"Beliau merupakan salah seorang negarawan agung Melayu". "Perbuatan mencuri merupakan kesalahan serius".

NOTA PENGGUNAAN "IA"
Penggunaan Perkataan `ia’ oleh Abdul Ghalib Yunus
Akhir-akhir ini,penggunaan perkataan ia telah diterima pakai bukan setakat untuk merujuk kata ganti nama diri ketiga manusia tetapi juga untuk bukan manusia. Hal ini mencetuskan polemik dalam kalangan pengguna bahasa apabila penyusun Kamus Dewan edisi Keempat memberikan makna perkataan ia sebagai kata ganti nama diri ketiga manusia, benda, perkara dan juga objek abstrak. Dalam kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan `ia’ hanya merujuk kata ganti diri ketiga manusia, atau dia. Hal ini bermakna binatang atau benda atau perkara juga boleh dirujuk dengan menggunakan perkataan ia. Alasan yang dikemukakan ialah penggunaan perkataan ia yang ringkas, iaitu terdiri daripada dua huruf menepati ciri-ciri keringkasan. Oleh hal yang demikian, penggunaan perkataan ia akan menjimatkan ruang.
Alasan yang kedua ialah perkataan ia perlu digunakan kerana sesuatu perkara atau benda disebut berulang-ulang akan menimbulkan kejanggalan atau kebosanan dan tidak memperlihatkan keindahan. Alasan yang ketiga ialah istilah bidang sains memerlukan perkataan ia. Hujah-hujah tersebut perlu ditolak kerana alasan-alasan yang dikemukakan sangat lemah. Makna perkataan ia yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga perlu dipertahankan, iaitu ia ialah kata ganti diri ketiga; dia. Hujah untuk menyangkal alasan yang pertama tadi ialah ciri-ciri keringkasan tidak boleh dijadikan asas untuk membenarkan sesuatu yang salah sebagai betul. Jika alasan ini diterima, maka bahasa Melayu akan bercelaru.
Sebagai contohnya, untuk memenuhi ciri-ciri keringkasan kita terpaksa menggunakan ungkapan *Ini kerana ...bukan Hal ini dikatakan demikian kerana ..., *sehubungan itu ..bukan sehubungan dengan itu,... *selain daripada itu...bukan selain itu..., *daripada... bukan dari...., dan sebagainya. Seterusnya, hujah kedua yang dikemukakan juga perlu ditolak. Alasan yang mengatakan pengulangan perkara yang sama berulang kali akan menimbulkan kejanggalan dan membosankan serta tidak memperlihatkan keindahan. Hujah ini diterima dan diakui kebenarannya.
Namun, perkataan ia jika digunakan untuk merujuk benda atau perkara berulang kali tetap juga menimbulkan kebosanan atau kejanggalan dan tidak memperlihatkan keindahan. Sebenarnya, kita tidak perlu menulis perkataan yang sama berulang-ulang untuk merujuk sesuatu benda. Alasan yang ketiga ialah istilah sains memerlukan perkataan ia. Hujah ini juga ditolak.Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa Melayu mempunyai pelbagai kosa kata untuk merujuk sesuatu benda atau perkara sama ada istilah untuk bidang umum atau bidang khusus.
Sebagai contohnya, lihat ayat-ayat yang di bawah ini: SODIUM klorida atau lebih dikenali sebagai garam merupakan bahan kimia yang terdiri daripada sodium (Na) dan klorida (CI).Bahan itu terbentuk secara semula jadi di kebanyakan tempat di seluruh negara sebagai galian yang keras.Mungkin masyarakat beranggapan bahawa butiran berwarna putih sebagai bahan perisa dalam makanan ini biasanya ditemukan di meja makan.Mungkin tidak banyak menyedari bahawa kegunaan garam sebenarnya melebihi sesuatu yang disangkakan.Sebagai salah satu elemen terpenting dalam kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, garam digunakan begitu meluas sebagai bahan pengawet makanan.Satu hakikat yang pasti hingga kini, belum ada bahan perisa yang setanding dengannya yang dapat menggantikan garam.Tanpa sebarang keraguan, sama ada dicampur atau tidak dengan bahan lain, sodium klorida merupakan ejen pembersih yang terunggul sebelum pembersih dan bahan kimia moden tercipta.Menurut Salt Institute, sebagai komponen makanan tambahan tertua di dunia, garam digunakan terutama dalam masakan dan pemprosesan makanan.Keistimewaan garam ialah bahan tersebut dapat memberikan rasa semula jadi pada makanan dan dapat disesuaikan dengan selera pengguna.Selain itu, butiran yang masin ini juga berfungsi melindungi makanan daripada dirosakkan oleh mikroorganisme dan memastikan tekstur makanan yang diproses dalam keadaan baik. Komen: Dalam petikan tersebut, perkataan garam tidak perlu diulang banyak kali. Hal ini dikatakan demikian kerana perkataan `garam’ boleh juga digantikan sebagai Sodium Klorida, bahan itu, butiran berwarna putih, bahan perisa, bahan tersebut, butiran yang masin ini, dan sebagainya. Perhatikan petikan di bawah ini yang mengandungi perkataan ia dan garam yang diulang atau digunakan banyak kali. SODIUM klorida atau lebih dikenali sebagai garam merupakan bahan kimia yang terdiri daripada sodium (Na) dan klorida (CI). garam/ia terbentuk secara semula jadi di kebanyakan tempat di seluruh negara sebagai galian yang keras.Mungkin masyarakat beranggapan bahawa garam/ia sebagai bahan perisa dalam makanan ini biasanya ditemukan di meja makan.Mungkin tidak banyak menyedari bahawa kegunaan garam/ia sebenarnya melebihi apa yang disangkakan.Sebagai salah satu elemen terpenting dalam kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, garam/ia digunakan begitu meluas sebagai bahan pengawet makanan.Satu hakikat yang pasti hingga kini, belum ada bahan perisa yang setanding dengannya yang dapat menggantikan garam/ia.Tanpa sebarang keraguan, sama ada dicampur atau tidak dengan bahan lain, garam/ia merupakan ejen pembersih yang terunggul sebelum pembersih dan bahan kimia moden tercipta.Menurut Salt Institute, sebagai komponen makanan tambahan tertua di dunia, garam/ia digunakan terutama dalam masakan dan pemprosesan makanan.Keistimewaan garam/ia ialah garam/ia dapat memberikan rasa semula jadi pada makanan dan dapat disesuaikan dengan selera pengguna.Selain itu, garam/ia juga berfungsi melindungi makanan daripada dirosakkan oleh mikroorganisme dan memastikan tekstur makanan yang diproses dalam keadaan baik.
Komen: Penggunaan perkataan garam dan ia dalam petikan tersebut memang kelihatan janggal dan membosankan kerana pengunaan kata-kata tersebut terpaksa diulang. Jika dibandingkan dengan petikan pertama tadi, jelaslah bahawa kata-kata yang pelbagai yang merujuk garam atau sodium klorida tadi memperlihatkan kepelbagaian penggunaan kata justeru memperlihatkan keindahannya. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan ia masih boleh digunakan untuk merujuk benda yang bukan manusia seperti binatang. Hal ini dapat dilihat dalam cerita-cerita yang memaparkan watak-watak binatang yang bertingkah laku seperti manusia. Penggunaan perkataan ia banyak terdapat dalam cerita-cerita seperti cerita Sang Kancil, Kura-kura dengan Arnab dan sebagainya. Dalam cerita-cerita seperti ini, kata ganti nama ia boleh digunakan untuk merujuk binatang.
Lihat ayat contoh yang di bawah ini:
1) Sang Kancil sangat cerdik. Ia sering menipu buaya, harimau, dan binatang-binatang yang lain. Pada suatu hari, ... Jika perkataan ia digunakan dengan sewenang-wenangnya seperti dalam ayat (2) yang di bawah ini, ayat tersebut akan menjadi lebih bercelaru jika `lembu’ dijamakkan sepertiayat (3): 2. Lembu sedang meragut rumput di padang. *Ia terlalu lapar agaknya. 3. Lembu-lembu sedang makan rumput di padang . *Mereka terlalu lapar agaknya. Ayat itu boleh dibetulkan seperti yang berikut: 2a. Lembu sedang meragut rumput di padang. Haiwan itu terlalu lapar agaknya. 2b. Lembu sedang makan rumput di padang. Binatang ternakan itu terlalu lapar agaknya. 3a. Lembu-lembu sedang makan rumput di padang. Binatang itu terlalu lapar agaknya. 3b. Lembu-lembu sedang makan rumput di padang. Haiwan peliharaan itu terlalu lapar agaknya.
Kesimpulannya, penggunaan perkataan ia untuk merujuk kata ganti nama diri hendaklah dikekalkan. Alasan yang mengatakan bahawa penggunaan perkataan ia lebih mudah dan ringkas perlu ditolak. Seterusnya, alasan yang mengatakan laras sains memerlukan penggunaan perkataan ia juga perlu ditolak. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa Melayu kaya dengan pelbagai kosa kata dan istilah yang berlainan bagi merujuk benda atau perkara yang sama. Masalahnya ialah pengguna itu sendiri yang kurang kreatif ketika membina ayat atau tidak mengetahui kewujudan perkataan lain yang dapat digunakan untuk menyatakan perkara atau benda atau konsep yang sama. Tegasnya, pemberian makna ia yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi ketiga hendaklah dikekalkan untuk menerangkan makna dan fungsi perkataan tersebut. Oleh itu, pemberian makna perkataan ia yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perlu dikaji semula.


NOTA MAKSUD MENIMBUS
MENIMBUS drp •perkataan timbus-untuk ttp sesuatu cth menimbus lubang dgn tanah •MENEMBUS (tembus) maksudnya melepasi seauatu cth : tembakan menembusi dinding •menebus (redeem dlm bhs inggeris) cth : tebus wang ganjaran
Xpe boleh tye cikgu macam2
Yg pendahuluan semalam tu sekurang2nya kene ad 5 ayat baru mantap
1.ayat pengenalan (terangkan ttg tema soalan) 2. Ayat huraian 3. Ayat huraian 4. Ayat huraian + contoh @ peribahasa 5. Ayat penegas (kehendak soalan- faktor2, cara mengatasi)

NOTA MOHON
Perkataan `mohon’ bermaksud minta. Ayat contoh:
1.” Mohon tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi,” kata juruacara majlis itu. Perkataan `pohon’ bermaksud tumbuhan yang berbatang besar serta keras atau pokok. Ayat contoh:
2. Pohon sena di tepi jalan itu telah tumbang.
Maksud yang kedua ialah asal mula atau pangkal, atau pokok.
3. Arak yang diminum oleh mereka itu merupakan pohon segala kejahatan. 4. Kami terus masuk ke dalam bangunan itu apabila melihat pohon angin yang mendung. 5. Beliau membina pohon bahasa Astronesia supaya pelajarnya mengetahui rumpun bahasa Melayu.
Dengan berdasarkan maksud perkataan `pohon’ dan `mohon’ seperti yang terdapat dalam kedua-dua entri perkataan tersebut di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kedua-dua perkataan itu berbeza makna dan jenisnya. Perkataan `mohon’ ialah kata kerja pasif, manakala perkataan `pohon’ ialah kata nama. Oleh hal yang demikian, kata dasar bagi perkataan `memohon’ ialah mohon, bukan pohon. Oleh hal yang demikian, ayat di bawah ini tidak gramatis.
6. Pohon berikan terjemahan nama kediaman/bangunan berikut "service apartment". 7. Pohon pandangan mengenai program komuniti yang ingin dilaksanakan oleh PERDA kepada penerima bantuan persekolahan dan rakyat termiskin. 8. Pohon diberi terjemahan yang sesuai untuk perkataan "over and above". Perkataan yang tepat untuk ayat (6) hingga (8) ialah: 6(a) Mohon berikan terjemahan nama kediaman/bangunan berikut "service apartment". 7(a) Mohon pandangan mengenai program komuniti yang ingin dilaksanakan oleh PERDA kepada penerima bantuan persekolahan dan rakyat termiskin. 8(a) Mohon diberi terjemahan yang sesuai untuk perkataan "over and above".
Dari segi kata kerja pasif pula, kata yang tepat ialah `dipohon', bukan `dimohon'.
Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, entri bagi perkataan `pohon’ diwujudkan. Namun demikian, maksud perkataan `pohon’ yang diberikan ialah memohon atau meminta sesuatu dengan hormat. Ayat yang dikemukakan ialah
9. Dia ingin memohon sebidang tanah untuk tapak rumah.

Wednesday, 4 September 2013

bye bye

hukhukhukhuk.... sedeh pedeh jer.... patut la ari selasa tu rasa x syok jer nak g tucen..... mlm nie bi 2 jam lagi.... dah 2 minggu bi due jam... mane cikgu bm syirah nie... cikgu idham asal x dtg klz.... kengkawan semua dah buat muker.... dok keje tanye syirah yg cikgu maner... ade pulak kwn yg ckp cikgu x sehat la bagai huhuhuh.... kak farah pon x ckp pape.... balik mlm tu tergerak ati nak bkk msej... ok mmg sentap... cikgu idham dah x ngajar syirah ngan kengkawan kt BTHO.. cikgu  dpt sambung belajar... tahniah ckgu... sedeh jugak kehilangan cikgu yg terbaek.. sape pulak nak gnti klz cikgu nie... sokay la... redha jer... hope ckgu x luper kitorang..  kitorang mesti  rindukan cikgu.... semoga ALLAH permudahkan segala urusan cikgu ... sayang cikgu selalu...* hope ckgu dpt bntu syira skor bm until spm.. klu la ckgu x lupe syirah haha... bye..

Tuesday, 20 August 2013

SELASA KU

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT HARI RAYA.... HEHEHE DA START SKOLAH TAPI STIL MOOD RAYA... ADEH... HARI NIE DPT RESULT SEJ, MT N BM.... HUHUHUHU HAMPEH JER MARK NYER.... BERSYUKUR LA BM GET 75... HURMMM HOW TO GET A'S ....... CIKGU ROS TETIBE MUNCUL DPAN KLAS KATA NAK JUMPER... ERR INGATKAN NAK KENE MARAH PASAL PAPER BM.... DA TKUWT GLER... RUPENYER CIKGU NAK PESAN KERJA.. UNTUK D BUAT MASA BM NNTI.... CIKGU PGGIL SYIRAH KATE CIKGU KENE BALIK ADE HAL... SOKAY CIKGU BALIK LA.. HOPE SMUANYA SELAMAT... IN SHA ALLAH....

Monday, 29 July 2013

careless

assalamaualaikum,

hyee.... huhuhuhuhuuhuhhwaaaaaa.... sedeh sgt jawab paper BM ari nie.. tah mcm ner paper 2 bhgian d x sempat teman nok jwab... punyer la strugglle gler kt paper bm... fedup.... BENCI...... mls nak msuk BM dah....

Friday, 26 July 2013

syirah

assalamualaikum...

 hyee lame syirah x update blog eaa... hehehe nak tgh trial... mcm nie... ler... dah penat nak mengadap buku tu yg syirah sajer nak update nie... nak ckp aper erk.... hmm ntah lar.... syirah nak ucapkan terima kasih bnyak 2 pada cikgu 2 yg sanggup membantu syirah tu trial nie.... trima kasih pada cikgu nik cikgu wanah cikgu intan cikgu nizar sbb sanggup tunggu di skolah smata 2 nak ajar syirah dan kengkawan... jasa cikgu x terbalas ... dan juga cikgu tusyen... my lovely teachers cikgu idham shah, cikgu azha... cuti 2 sanggup buat klz tambahaan atas permintaan kitorang... maaf sangat sbb syirah dah susahkan cikgu nik.... sbb nak belajar bm dgn cikgu.... cikgu jdi penat... syirah nampak dri raut muka cikgu.... cikgu mcm ade bnyk masalah jer... kengkawan yg laen pon perasan.... syirah sayang cikgu hope cikgu sentiasa sihat.... hari trial kedua... tibe 2 pulak terasa hati dgn gurauan cikgu ros... ntah mcm mane air mata nie boleh tumpah... sensetif pulak hari tu... smua gurauan cikgu syirah teringat dan buat kan syirah nangis...  sbnar nye syirah x amik hati pon ... walaupon ade ter sentak juga kadang 2 tu... cikgu syirah minta maaf klu bagi cikgu syirah nie degil tahap gabar... x pandai nak atur mase ker skema  sgt ker... n laen 2 yg cikgu pernah ckp... syirah x pasti tu smua skdar gurauan atau pon benar 2 teguran dri cikgu... tapi syirah amik ianya smua sbgai teguran untuk syirah perbaiki diri... syirah da anggap cikgu da mcm ibu da d skolah tu.. saya sayang cikgu... jujoo dri hati saya x amik ati pown atas smua tu... cikgu bkn cikgu x baek buat saya ttp cikgu yg plg terbaek untuk saya.... love u... maaf kan smua khilaf syirah... semoga cikgu sntiasa berada di bwh perlindungan -NYA.... cikgu doa kan syirah dpt result yg baek tuk trial pmr nie....

huhuh sedeh pulak la.... ahahah konfius gler ngan BM.... punye la tanyer cikgu idham mcm2... gelabah la.... nak exam isnin nie.... maaf kan syirah dah mengganggu cikgu ngan susah kn cikgu.... tima kasih x ternilai pada ckgu idham sbb dah bnyak bari nota ekspress.... cikgu idham la cikgu paling sporting... x kira ape yg syirah tanye mesti dpt jwpan.... nie cikgu kesayangan syirah.... sukar di cari ganti... smoga ALLAH permuadahkan smua urusan cikgu... dan moga cikgu bahagia disamping istri cikgu yg tersayang....*comel isteri cikgu....

sara sebok ngan ustaza munir.... lamer x dgr citer.... mesti ncem... sara kate ustz nak minang dier hahahhaha merah muker sarah.... tau la dah kurus.... rindu suara merdu ustaz.... ustz kurus dri ustaz zul eaaa... dulu punye la comel mcm teddy bear... siap bole maen cocok2 agi hahaha... dulu x matang tu... yg boleh salam ustaz lelaki.... skrg nie dh matang .... da tau batas pergaulan... bak kate org tua dah boleh kawen... mcm sara... siap ade yg nak masuk minang.... raya dah dkat... skr sebok ngan kueh raya.... meriah jer dapor.... nasib x meletop jer lagi...... k lah nie je lah dulu ape yg syirah boleh luahkan.... luahkan ker... hahha paper la... manjaddawajada.. bye wassalam... ade masa panjang umor... ader la coretan baru kt blog syirah nie... klu x panjang umor... syirah nak minta maaf buat semua yg mengenali diri syirah..... salam ukhuwah buat semua...

Sunday, 7 July 2013

Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar



Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.


Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat  haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk  menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya  kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

karangan 3


      Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan  mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid  melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.

      Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka  diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.    

       Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran,   Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam  Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun  kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun,  jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.  

     Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau  diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu  menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis.  Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi  menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai. 

      Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang  ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih. 

    Walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan.  Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya,  apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.
Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.

3 karangan isu pencemaran alam sekitar

Alam sekitar semakin tercemar dan itu merupakan realiti yang harus kita semua sedari. Pihak media massa turut sama menyiarkan pelbagai komen dan analisis mereka tentang kemelut yang melanda alam ini. Semakin lama kita mengabaikan kenyataan ini semakin seriuslah masalah ini dalam kehidupan manusia. Lantaran itu, pelbagai tindakan konkrit perlu dilaksanakan oleh semua pihak dalam menangani masalah ini.

Langkah paling awal ialah kerajaan perlu mengawal perlepasan asap dan pembuangan toksik bahan kilang dengan efektif. Pengawalan ini boleh dilakukan menerusi tindakan menguatkuasakan undang-undang terutama meningkatkan aspek dendaan dan hukuman penjara kepada pesalah. Rakyat negara ini pasti akan berasa takut apabila mendengar bahawa hukuman mencemarkan alam begitu berat sehingga mereka tidak lagi berani mencemarkan alam. Jadi, kerajaan perlu mengawal pencemaran alam dengan mengetatkan peraturan yang sedia ada.

Selain mengetatkan peraturan, aspek penguatkuasaan turut memainkan peranan yang penting. Maknanya, lebih banyak pegawai penguatkuasa alam sekitar dilatih untuk mampu mengesan lalu mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan pencemaran alam ini. Pegawai ini hendaklah dilatih dengan menggunakan teknologi terkini dan praktikal untuk memudahkan mereka melaksanakan tugas dengan baik. Oleh itu, jumlah pegawai penguatkuasa yang banyak memastikan aspek perundangan negara terhadap isu alam sekitar dilaksanakan dengan berkesan.

Pada masa yang sama isu pencemaran alam ini mampu diatasi menerusi tindakan membuat kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh difokuskan terhadap golongan muda terutama yang masih berada di bangku sekolah kerana golongan inilah yang akan mewarisi alam sekitar kita. Kesedaran ketika masih muda menjadikan rakyat kita boleh melakukan sesuatu apabila mereka dewasa kelak terutama untuk memastikan alam sentiasa bersih dan berkekalan. Oleh itu, kempen yang difokuskan kepada sasaran yang tepat mampu membuahkan hasil yang baik kepada pengekalan alam sekitar di negara ini.

Malahan, perubahan sikap masyarakat turut penting dalam memastikan alam sekitar kita terus wujud. Sikap tidak apa atau menganggap tugas menjaga alam sekitar boleh dilakukan oleh orang lain perlulah dikikis segera. Sebaik sahaja kita melihat atau mengetahui satu tindakan mencemarkan alam berlaku sepantas kilat kita memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan. Maka, perubahan sikap masyarakat menjadikan usaha mengatasi masalah pencemaran alam ini sesuatu yang mudah pula.

Konklusinya, kita mempunyai banyak pilihan untuk memastikan alam sekitar kita terus bersih dan berkekalan. Cuma kita masih enggan mengakui bahawa alam sekitar semakin hilang ditelan kerakusan sikap manusia sendiri yang mengutamakan kebendaan itu. Mungkin naluri manusia yang menganggap mereka makhluk yang paling baik menyebabkan kita alpa akan tugas kita untuk menjaga alam sekitar ini. Alam sekitar bukanlah anugerah Tuhan kepada kita tetapi amanah yang harus kita serahkan kepada generasi akan datang pula.

karangan 2


Dasarwasa ini, sama ada kita sedar ataupun tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh permasalahan pencemaran alam sekitar yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Dikatakan negara kita mempunyai kadar pencemaran alam yang tinggi. Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan yang akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
   Dalam konteks ini, kadar pencemaran alam dikatakan begitu tinggi walaupun pihak berkuasa cuba menafikannya berkali-kali. Impak-impak negatif seperti pencemaran sungai, penggondolan bukit dan pembakaran secara terbuka menceritakan betapa buruknya pencemaran alam itu selain kejadian tanah runtuh yang kerap kali berlaku kebelakangan ini. Media massa turut membuat laporan yang memberikan gambaran bahawa pencemaran alam di negara ini begitu kritikal. Oleh itu, pemahaman tentang punca-punca pencemaran alam amat penting bagi menangani kemelut ini.
Dalam zaman yang serba canggih ini, salah satu penyumbang utama dalam pencemaran alam di negara ini adalah sektor pembalakan yang begitu meluas dan intensif di Sabah, Sarawak dan Pahang. 
    Aktiviti pembalakan sama ada yang dibenarkan atau haram telah menyebabkan banyak kawasan hutan dalam negara ini hilang dalam sekelip mata sahaja. Kita semua sedia maklum bahawa hutan menjadi salah satu alat penapis pencemaran semulajadi tetapi jika hutan sudah tiada bermakna kita sudah kehilangan sistem yang mampu menapis pencemaran ini. Sesungguhnya pencemaran alam di negara ini berlaku kerana sektor pembalakan hutan.
   Kita sering membaca di dada-dada akhbar, salah satu punca pencemaran adalah aktiviti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai, lautan, dan sistem takungan air negara. Kebanyakan kilang atau syarikat perindustrian lebih gemar membuang sisa toksik ke kawasan semulajadi ini kerana mereka tidak mahu mengeluarkan belanja yang banyak untuk membersihkannya terlebih dahulu. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini menyebabkan hampir kesemua saliran di negara ini mengalami pencemaran yang tinggi. Maka bayangkanlah betapa dahsyatnya kesan daripada pencemaran air di mana air juga menjadi habitat semulajadi kepada hidupan akuatik dan keperluan asas bagi manusia.
   Natijahnya, pencemaran alam ini telah berlaku dan akan terus berlaku tanpa ada langkah-langkah pencegahan yang konkrit, sistematik dan pragmatik. Usah kita menunding jari menyalah satu sama lain kerana itu bukanlah caara yang matang untuk menyelesaikannya. Demi merialisasikan visi kudsi wawasan 2020, marilah kita sama-sama memepuk sikap tidak kira dari golongan tua mahupun muda. Hanya kita yang mampu mengatasinya kerana tiada sakit yang tiada penawarnya. Mahukah kita kiranya anak-anak kita di generasi akan datang menanggung parahnya. Tepuk dada tanya Iman

Spongebob ft Tegar - Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Wednesday, 3 July 2013

ragam manusia

salam readers... pagi lps perhimpunan ade latihan formasi... lps rehat msok klz balik... tah mcm mane cikgu panggil sbb terpilih dgn pentaksiran lisan... bertapa terkejut nye syirah... huhuhu masok klz dkt nak balik ... kene waktu bm... hope x kene marah ngan cikgu ros...hehehe 2.30 start latihan balik.... Ya ALLLAH panas nya... seolah 2 matahari duk dpn muke jer... after latihan mmg penat n muke dh sunburn... yeah... hahaha.. balik rumah bukak tudung trus henyak katil... tup tup tetido... bile tejaga baru teringat ttg pentaksian ... bangun dgn tegesa 2 trus siapkan avidence.... mlm nie tusyen ... nak siap kan keje bm... tapi banyak lak  x paham... dicide nak tanye cikgu tuk mlm nie...... hujan lebat pula ptg tu... mlm nak g tusyen sejuk nyer.....!! abg kate nak belanja buger... hehehe dpt gaji la tu... happy jer... ade org nak blnjer...masok klz... nak byr yuran pikir balik... nnti 2 je lah...mase tgh tunggu bdk laen dtg... tetibe ade sorang bdk perimbun... kate x suke bm klz nie... aku nie baek sgt g tanyer knaper.... die kate cikgu tumpukan kat group aq jer.... (mane ader dowh!!!) suker ati jer... aq pon dgn baek kate x de lah cikgu beri perhatian pada smua student die... x pernah cikgu beza2 kan.... hahaha klu nak ckp keburukkan cikgu tlg jgn ckp dpn aku sbb aper2 pon aq akn bidas habis 2... x suker maner pon kau kt cikgu tu... cikgu tu ttp bagi ilmu pade kau... asal kau nak ckp bukan 2 pulak... mane nak berkat ilmu tu.. tlg lah.... x suker g la klz laen bkn nye dtg kat aq nak cite bukan 2... bile aq bgi nasihat sikit.. sbb ape yang die tgh lakukan tu jelaz tunjuk kan die x puas hati... dan cara die salah... tapi laen pulak aq dpt... sng 2 jer ckp aq ank murid kesayangan ckgu la pulak... adoiai.... aq kate lah semua same di mate cikgu dowh... hish ape masalah bdk nie... x sehat ker... last 2 aku diam... die cbar aq klu nak bukti kan kater2 die ... tgk cikgu akn sbut name aq ker x..... ( ahhh suke ati cikgu la nak sebut namer aq ker tak... kau sebok aper... ustazah syafini kater kalu seorang ckgu tu rajin sebut name kita tu mkna nya doa seorang guru nak ank murid die berjaya... bia la kau nak pikir aper...) tapi aq x gune kekerasan ... aq hope cikgu x nampak aq dlm kls hahaha bole pulak... aq lak bijak sgt g tanyer cikgu pasal handout tu... mmg menang laa budak tu... sikit2 jeling menyampah betul tapi die buat aq jadi hilang keselesaan nak betanya kat cikgu... laen kali syirah... kau jagn la gedik sgt nak bnyk mulut ngan cikgu hahaha... aq ingat kan kat skolah jer... kat tusyen pon samer... sabaa jelah... bak kata sahabat aq.. tu kifarah dosa... niat aq study kerana allah... in sha allah... sabar itu separuh daripada iman...

cikgu nak tinggalkan kami...

hari nie pentaksiran lisan berjalan dgn penuh debaran...... al hamdulillah dah lepas... huhuhuh siap lisan trus g praktis formasi... dari pagi sampai tengah hari.... time kasih mama g n mama ros sbb bgi kitorang rehat ptg.... masok lybry sempat pula tetido... huhuhuh leteh sgt.... cikgu haliza last ari nie... ckgu dah pindah.... hmmmm sedeh sgt... kitorang dah hilang 2 cikgu sekali gus... pss kekurangan ahli nya.... kesian pada cikgu nik... kitorang sayang ckgu haliza... hope cikgu x lupa kan kami... esok ade latihan lagi... mlm nie x tusyen hope leh tdo awal....  Ya ALLAH kau lindungilah insan 2 yang aq sayangi...

Monday, 1 July 2013

pentaksiran lisan for BI (alia)

French botanist Tournefort provided the Latin botanical name,Lycopersicon esculentum, to the tomato. It translates to "wolfpeach" -- peach because it was round and luscious and wolf because it was erroneously considered poisonous. The botanist mistakenly took the tomato for the wolfpeach referred to by Galen in his third century writings, ie., poison in a palatable package which was used to destroy wolves. 

The English word tomato comes from the Spanish word, tomate, derived Nahuatl (Aztec language) word, tomatl. It first appeared in print in 1595. A member of the deadly nightshade family, tomatoes were erroneously thought to be poisonous (although the leaves arepoisonous) by Europeans who were suspicious of their bright, shiny fruit. Native versions were small, like cherry tomatoes, and most likely yellow rather than red. 

The tomato is native to western South America and Central America. In 1519, Cortez discovered tomatoes growing in Montezuma's gardens and brought seeds back to Europe where they were planted as ornamental curiosities, but not eaten. 

Most likely the first variety to reach Europe was yellow in color, since in Spain and Italy they were known as pomi d'oro, meaning yellow apples. Italy was the first to embrace and cultivate the tomato outside South America. 

The French referred to the tomato as pommes d'amour, or love apples, as they thought them to have stimulating aphrodisiacal properties. 

In 1897, soup mogul Joseph Campbell came out with condensed tomato soup, a move that set the company on the road to wealth as well as further endearing the tomato to the general public. 

Campbell may have made tomato soup popular, but the first recipe is credited to Maria Parloa whose 1872 book The Appledore Cook Book describes her tomato chowder. 

The high acidic content of the tomato makes it a prime candidate for canning, which is one of the main reasons the tomato was canned more than any other fruit or vegetable by the end of the nineteenth century. 

pentaksiran lisan for BI (syirah)

The most important person in everyone's life must be our mother. They are the one that carry us for about 9 month without a single sigh. They are the one who give birth to us without complaining about all the pains they have been through. Our mother is one of the people we must respect and love . for me , my mother is the best mother in the world.

          My mother actually is an ordinary woman but in her tiny appearance lies an extraordinary fortitude, perseverance, a altruistic soul and a very kindly heart. The kind of mother who brought me up with her whole kindly heart, the kind of persistent woman with strong willpower who had to face the toughest challenges in life, and the kind of person who always demonstrated great zeal for every unlucky lives without requiring anything in return and great willingness to help everyone's misery though she did not have much, my mother taught me more than any one else, not only inspired me the strength to overcome hardships in my life, but also left me with invaluable life lessons. 

My mother is a diligent and determined woman who has left me with the right direction of my road, more importantly, she has helped me appreciate this life as precious gifts of ordinary life and true happiness by her kindly heart. The accident of my aunt gave me another lesson from my mother. My aunt Dung was unfortunately hurt mentally after this accident, and the reserved women became demented, which made anyone scared of her. Unlike other relatives, my mother was the only person who did not ignore her; in contrast, she looked after her very wholeheartedly. Thank to my mother, I was no longer scared of demented people as I used to, but instead, I understood from their eyes the hope to live stable lives.

Saturday, 29 June 2013

sayang Cikgu Ketat-Ketat - Bab 3 & 4


Nama Pena: Mrs. Yie
 
Bab 3
 
Hujung minggu kini tiba. Diana datang ke rumahku dan mengajak aku pergi ke bandar untuk mencari buku-buku rujukan yang dia mahu beli. Beruntungnya jadi macam Diana. Kehidupannya lebih baik dari aku. Hendak beli buku apa, hendak beli pakaian apa, hendak makan apa, semuanya dapat..
 
“Anis, nanti kau temankan aku pergi ke PSI ye..”
 
“Bila tu?”
 
“Sekarang laaa..”
 
“Aku tak ada duit la..”
 
“Tak apa. Kau temankan aku je. Nanti aku bayarkan tambang, aku belanja kau makan dan buku apa yang kau nak beli pun nanti aku bayarkan. Ok?”
 
Setelah mendengar penjelasan dari Diana, aku menarik nafas panjang. Sudah terlalu banyak pula Diana menghabiskan duitnya untuk aku sepanjang tempoh kami berkawan. Apabila Diana menyebut soal buku, baru aku teringat. Cikgu Safarin akan membelikan buku-buku rujukan spm yang aku mahu. Jadi aku terpaksa tolak pelawaan dari Diana..
 
“Pasal buku-buku tu kau tak perlulah nak bayarkan untuk aku..”
 
“Kenapa pula?”
 
“Sebab.. Er.. Sebab..”
 
“Sebab apa?!”
 
Diana tiba-tiba menyergah!
 
“Sebab Cikgu Safarin dah nak belikan untuk aku!”
 
Aku terperanjat dengan suara sergahan dari Diana dan menyebabkan aku turut sama melantangkan suara..
 
“Hah??”
 
Sepasang mata Diana membulat..
 
“Cikgu Safarin nak belikan untuk aku..”
 
Dengan tidak semena-mena, Diana tergelak. Entah apa yang lucu sangat agaknya..
 
“Aku rasa Cikgu Safarin tu syok dekat kau la Anis. Hehehe..”
 
Diana gelak lagi sambil menutup mulut..
 
“Mengarutlah!”
 
“Apa pula mengarut? Cuba kau fikir baik-baik. Dia bagi kau guna raket dia, dia selalu hantar kau balik rumah, dia ikut kau pergi ke sungai.. Ermmm, apa lagi ye. Hah! Dia nak beli buku-buku rujukan untuk kau. Apa makna semua tu?”
 
Aku mencebikkan bibir apabila mendengarkan kata-kata dari Diana yang pada aku sedikit pun tidak masuk akal. Cikgu yang berusia 27 tahun macam tu syok dekat pelajar yang berusia 17 tahun?? Mustahil!
 
"Kau jangan nak reka ceritalah Diana. Entah-entah Cikgu Safarin tu dah bertunang ke, dah kahwin ke. Manalah kita tahu. Kau jangan pandai-pandai nak cakap macam tu ye. Nanti kalau Cikgu Safarin dapat tahu, malu aku.."
 
Aku menjelaskan keadaan pada Diana supaya dia faham..
 
"Mana ada aku reka cerita? Betul apa.."
 
Diana masih lagi mahu mempertahankan apa yang sudah dia perkatakan sebentar tadi..
 
"Apa yang betulnya??"
 
Aku sudah mula naik geram pada Diana..
 
Diana membuka zip beg sekolahnya dan mengambil kotak pensil. Satu kertas kecil di keluarkan dan di berikannya pada aku..
 
"Memandangkan kau tak ada handphone, Cikgu Safarin berikan nota ni. Dia bagi pada aku dua hari yang lepas tapi masa tu aku terlupa nak bagi dekat kau. Sorry ek.."
 
Dahiku berkerut sambil mengambil nota kecil dari tangan Diana..
 
'Jumpa saya dekat Pustaka Sri Intan (PSI) hari sabtu jam 11 pagi. Datang dengan Diana ye. Saya tunggu Anis tau. Nanti kita pilih sama-sama buku rujukan yang Anis mahu. Kalau
 
ikutkan hati, saya memang nak pergi beli sendiri. Tapi kalau Anis ada sama, tentu saya rasa lebih seronok dan bahagia..'
 
Tiba-tiba nota kecil yang berada di tanganku tercampak ke lantai. Ayat yang terakhir paling tidak menahan..
Diana membuat muka pelik setelah mendapati aku mencampakkan nota kecil itu tanpa di sengajakan..
 
"Anis, kau ni kenapa? Main campak-campak pula kertas tu?"
 
"Bukannya aku sengaja nak campak.."
 
"Habis tu??"
 
"Cuba kau baca nota yang Cikgu Safarin tulis tu. Baca ayat yang terakhir.."
 
Aku memuncungkan mulut ke arah nota kecil yang sudah berada di atas lantai usang dan berlubang. Nasib baik jugalah nota itu tidak jatuh ke bawah rumah melalui lubang itu..
 
Diana membongkokkan sedikit badannya dan mula mencapai nota kecil yang di kirimkan Cikgu Safarin kepada aku..
 
"Tapi kalau Anis ada sama, tentu saya rasa lebih seronok dan bahagia.. Hahahahaha!!"
 
Wah, Diana gelak besar! Sehinggakan aku juga turut sama tergelak besar macam dia..
 
"Aku dah mula rasa curiga dengan Cikgu Safarin ni.."
 
"Maksud kau apa Anis?"
 
"Entah. Dia seolah-olah menunjukkan sikap pelik depan aku. Cara dia bercakap, cara dia mengeluarkan patah-patah perkataan, tingkah laku dia. Kau tahu tak, masa dekat sungai tempohari, ada ke patut dia suruh aku pancing hati dia??"
 
Hahaha! Aku dan Diana sama-sama tergelak besar..
 
"Sebab itulah aku cakap Cikgu Safarin tu suka dekat kau tapi kau tak nak percaya. Kau cakap aku mengarut.."
 
Diana mula menarik muka empat belas..
 
"Jangan-jangan kau dah berpakat dengan Cikgu Safarin ye nak ajak aku pergi ke PSI kan?"
Aku juga turut berasa curiga pada diana..
 
"Eh, tolong sikit ye. Aku pun terkejut bila baca nota yang Cikgu Safarin bagi dekat kau tadi tu. Tak sangka pula aku cikgu pelik tu ajak kau pergi ke PSI juga hari ni.."
 
"Kau jangan nak tipu. Habis tu, kenapa tiba-tiba pula Cikgu Safarin ada tulis nama kau sekali dalam nota tu? Kalau nak tipu aku pun agak-agak la.."
 
Aku menarik muka kelat dan menjeling Diana dengan perasaan geram. Diana tertawa kecil seraya menutup mulut. Ooo.. Pandai betul dia berlakon depan aku..
 
"Ok-ok. Aku mengaku aku sudah berpakat dengan Cikgu Safarin tu. Dia yang beria-ia sangat minta tolong dengan aku supaya pujuk kau untuk pergi ke PSI tu hari ni. Aku juga berani jamin dengan kau yang Cikgu Safarin tu masih lagi belum berkahwin, dia masih bujang, dia belum bertunang atau terikat dengan siapa-siapa pun. Dia suka dekat kau tu Anis.."
 
Bersungguh-sungguh benar cara Diana memberitahu padaku mengenai maklumat tentang Cikgu Safarin. Aku pelik dengan sikap Diana. Macam mana dia boleh tahu begitu banyak tentang Cikgu Safarin tu sedangkan di sekolah, aku yang paling rapat dengan Cikgu pelik tu..
 
"Eleh kau ni Diana. Kau percaya ke dengan maklumat yang kau dapat dari Cikgu Safarin tu?"
 
"Mestilah aku percaya. Kalau betul dia dah kahwin, tak mungkin dia akan tinggal satu rumah dengan cikgu kerinting tu? Mestilah dia tinggal bersama dengan isterinya.."
 
"Eh, manalah tahu kalau isteri dia cikgu jugak ke tapi mengajar kat tempat lain. Sabah ke, Sarawak ke. Ataupun bini dia jururawat ke, tentera ke. Tapi bertugas kat negeri lain?? Eleh.. Ingat aku ni lurus bendul macam kau ke Diana?"
 
"Amboi bahasa kau bukan main lagi ye. Eh, dahlah. Cepatlah siap. Nanti kesian dekat Cikgu Pareng tu menunggu lama dekat sana. Tak pasal-pasal jadi tiang letrik pula dia kat depan PSI tu. Hahaha..!"
 
"Kau panggil Cikgu Safarin apa tadi?"
 
"Cikgu Pareng. Hahaha!"
 
Lagi sekali Diana tergelak besar. 'Cikgu Pareng'. Kikiki..
 
Aku dan Diana segera bergegas menuju ke Pustaka Sri Intan setelah turun dari bas. Kami berdua mengorak langkah dengan cepat apabila menyedari waktu yang di janjikan dengan Cikgu safarin sudah melebihi lima belas minit..
 
Apabila kami tiba di pintu masuk ke PSI, kelibat Cikgu Safarin masih tidak kelihatan. Aku dan Diana berpandangan sesama sendiri. Dalam hati mungkin terdetik satu soalan yang sama. 'Mana Cikgu Safarin ni? Janji pukul 11. Sekarang sudah 11.15..'
 
"Aku rasa dia main-main la Diana.."
 
Aku sudah mula berasa geram. Berkemungkinan juga Cikgu Safarin hanya mempermainkan aku dengan Diana. Mungkin dia saja main-main dengan nota yang di tulisnya itu..
 
"Tak mungkin. Dia dah janji nak belikan kau buku-buku rujukan kan? Kalau dalam hal yang macam ni pun dia nak mainkan kau, memang dia jenis manusia yang tidak punya perasaan la. Kita tunggu dulu dalam masa sepuluh minit lagi. Kalau dia tak muncul juga, tahu la macam mana aku nak mengajarnya esok. Berani dia main-mainkan kawan baik aku.."
 
Diana menggetap bibir sambil menumbuk-numbuk tangan kanan pada tapak tangan kirinya. Ceh, tak padan dengan budak sekolah. Ada hati tu nak mengajar cikgu. Mimpi je la!
 
"Ooo.. Mengumpat saya ye.."
 
Erk!
 
Aku dan Diana cepat-cepat berpusing ke belakang. Berdirinya seorang cikgu yang kami nanti-nantikan. 'Cikgu Pareng!'..
 
"Eh, cikgu. Dah lama sampai?"
 
Diana berpura-pura ramah. Cis, hipokrit sungguh!
 
"Saya dah lama sampai. Kalau saya janji pukul 11, pukul 11 la saya sampai. Bukannya macam dua orang budak sekolah yang berdiri kat depan saya ni. Langsung tidak menepati masa. Saya tak suka orang yang sengaja melengah-lengahkan masa macam Anis dan Diana.."
 
Aku dan Diana tersenyum sumbing. Tak pasal-pasal dapat nasihat free dari Cikgu Safarin..
 
"Maafkan kami ye cikgu. Tak sengaja la datang lambat. Lagipun, baru saja lima belas minit kami terlewat. Cikgu faham-faham sajalah. Kami berdua ni naik bas. Banyak berhenti pula tu. Cikgu tak apalah, naik kereta sendiri.."
 
Diana menjelaskan keadaan yang sebenar pada Cikgu Safarin. Aku hanya terdiam dan membisu seribu bahasa..
 
"Ok, tak mengapalah. Saya maafkan. Anis dan Diana dah makan belum?"
 
"Saya dah makan kat rumah tadi. Tapi Anis saya tak tahulah.."
 
Diana memandang ke arahku..
 
"Anis dah makan?"
 
Cikgu Safarin menundukkan kepalanya dan mencuri pandang pada muka aku yang sedikit terlindung dek kerana hujung tudung yang di tiup angin..
 
"Sudah.."
 
Ringkas saja aku menjawab..
 
"Ok. Kalau semuanya sudah makan, jom kita masuk dalam. Kita cari buku-buku yang Anis dan Diana mahu.."
 
Cikgu Safarin memulakan langkah dan memasuki pasaraya yang hanya menjual buku paling  terkenal di bandar Kuala Terengganu. Aku dan Diana hanya mengekori dari belakang..
 
Apabila terlalu asyik memilih buku, secara tidak sengaja kami bertiga tiba-tiba berpecah. Diana naik ke tingkat dua. Cikgu Safarin pula hilang entah kemana. Aku? Tersasar pada tujuan yang sebenar. Dengan tidak semena-mena aku sudah berada di bahagian novel..
 
Satu persatu aku menilik novel-novel terbaru yang teratur kemas. Tiba-tiba saja pandanganku terhenti pada sebuah novel yang begitu menarik perhatianku kerana kulit depannya yang cantik. Tajuknya ‘Takdir Itu Untuk Aku’. Eh? Ilustrasi wajah hero pada kulit depan novel itu sebiji macam muka Cikgu Safarin. Huk aloh.. Asyik muka dia je yang aku fikir. Ikan jaws dua serupa barangkali..
 
“Anis nak novel ni?”
 
Erk!
 
Terdengar suara Cikgu Safarin dari sebelah kanan cuping telinga. Serentak aku berpaling dan tersenyum..
“Taklah. Tengok-tengok aje..”
 
Cepat-cepat aku meletakkan kembali novel yang berada di tangan tapi Cikgu Safarin mengambilnya semula dan melihat-lihat novel itu secara keseluruhannya..
 
“Ariana, anak tunggal  Encik Ahmad dan Puan Rokiah, gadis serba sederhana yang cantik, nakal, agak kasar dan berpendirian tegas. Ariana tidak senang memikirkan tentang jodoh. Dia seakan serik untuk bercinta kerana pernah ditipu oleh Nazri. Malang menimpa, orang yang paling Ariana sayang pergi meghadap ilahi. Kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan.
 
Bla..bla..bla..
 
Ariana lebih tertarik pada jirannya Izudin, duda yang masih terikat dengan pelbagai masalah peribadi. Hubungan mereka sering di landa konflik kerana bekas isterinya, Puan Dila sering mengganggu dan meminta wang. Izudin pula langsung tidak bersikap tegas. Perasaan yang Ariana cuba selindung rupanya tidak bertahan lama. Cintanya diluahkan secara tidak sengaja. Peribadi Izudin benar-benar membuatkan Ariana tertarik. Walaupun penuh dengan cemburu, lelaki yang menjadi perhatian ramai wanita ini seorang yang terlalu melindungi, cukup romantik dan pandai bermain kata-kata. Hubungan Ariana dan Izudin semakin semarak dengan rindu dan kasih.
 
Pelbagai insiden romantik,  salah faham, merajuk, cemburu, sedih dan lucu bisa menyentuh hati sesiapa yang membaca. Bagaimanakah kesudahan percintaan Ariana dan Izudin? Dapatkah Haji Fahmi meraih cinta Ariana?”
 
Mak ai.. Habis satu sinopsis Cikgu Safarin baca! Aku terkedu..
 
“Erm.. Menarik sinopsis novel ni. Anis nak? Saya belikan ye..?”
 
“Eh, tak apalah cikgu. Saya tengok-tengok setakat mencuci mata aje. Lagipun kulit depannya menarik. Ilustrasi muka hero tu sebiji macam.. Macam.. Err..”
 
“Macam siapa? Macam saya ye..”
 
Ish, tidak sempat aku hendak menghabiskan ayat tiba-tiba pula Cikgu Safarin mencelah dan tersengih. Tinggi betul tahap perasan Cikgu Pareng ni. Berada pada tahap seratos barangkali. Hahaha!
 
“Erm. Ada iras sedikit..”
 
Aku mengaku sekaligus mengiakan dan tertunduk malu..
 
“Muka Anis dah merah. Adakah itu satu petanda bahawa hati dan perasaan Anis sudah terpancing oleh saya?”
 
Huk aloh.. Tiba-tiba bersastera dan berjiwang pula Cikgu Pareng ni. Lemah seluruh anggota badan apabila mendengar ungkapan seperti itu..
 
“Maksud cikgu apa..? Saya tak faham..”
 
“Ermmm.. Cukup hanya saya seorang saja yang faham. Anis masih budak-budak mungkin susah nak faham. Saya pun tidak mahu membebankan fikiran Anis untuk memikirkan apa yang sudah saya perkatakan. Jadi, Anis lupakan sajalah..”
 
Cikgu Safarin mula meletakkan novel di atas timbunan buku-buku rujukan spm yang berada di tangannya. Itu bermaksud, memang betul-betul dia hendak membelikan novel itu untuk aku. Alahai.. Tak terbalas budi baiknya. Buku-buku rujukan dan novel. Entah berapa banyak duit dia akan habis nanti..
 
“Betul-betul ke cikgu nak belikan novel itu untuk saya?
 
“Sekali sekala Anis kena baca buku-buku yang berbentuk novel macam ni. Tak boleh juga kalau asyik baca buku pelajaran je. Nanti stress..”
 
Sepantas kilat hidungku di sentuh dan di tonyoh perlahan. Aku memegang hidung dengan satu perasaan lain macam..
 
“Saya tak mahu terhutang budi lagi dengan cikgu. Nanti tak terbalas..”
 
“Nanti Anis balas la budi saya. Bagi result yang cemerlang dalam spm. Itu sudah cukup dapat membanggakan saya.”
 
“InsyaAllah. Saya tak berani nak jamin..”
 
“Kenapa Anis cakap macam tu? Anis tak yakin?”
 
“Bukan tak yakin. Tapi saya tak berani nak menaruh harapan yang tinggi. Saya nak buat biasa-biasa saja..”
 
Suasana di dalam kereta sunyi dan sepi memandangkan Diana tidak ada. Bapa Diana sudah awal-awal lagi menjemputnya kerana mahu membawanya ke hospital bagi menzirahi neneknya. Aku agak tidak selesa apabila hanya berdua saja berada di dalam kereta dengan Cikgu Safarin memandangkan jarak perjalanan dari bandar ke rumah agak jauh. Kalau dekat-dekat tu tak mengapalah juga..
 
Tadi aku menyatakan hasrat untuk menaiki bas seperti pagi tadi untuk pulang ke rumah tapi Cikgu Safarin tidak membenarkan. Katanya aku tidak berteman dan masih di bawah umur. Dia bimbang sekiranya terjadi apa-apa pada aku..
 
"Anis.."
 
"Ye cikgu.."
 
"Buku rujukan dah dapat. Novel pun dah dapat. Tapi kenapa Anis macam tak gembira?"
 
"Kalau saya gembira, takkan saya nak melompat-lompat dalam kereta cikgu ni?"
 
"Hehehe.. Betul juga.."
 
Cikgu Safarin memandangku sekilas sambil tersenyum mesra..
 
"Cikgu.. Terima kasih banyak ye. Tentu banyak duit cikgu habis untuk buku-buku rujukan tu semua.."
Aku tertunduk pilu. Dalam hati ada terselit perasaan terharu dengan kebaikan yang di tunjukkan Cikgu Safarin..
 
"Sama-sama kasih.."
 
Uik? Belum pernah lagi aku dengar orang membalas ucapan terima kasih seperti itu. Cikgu Safarin ni memang suka merekacipta ayat!
 
Lagi sekali Cikgu Safarin memandang tapi pandangannya kali ini penuh makna. Seolah-olah aku dapat membaca apakah maksud tersirat dari pandangan sepasang matanya itu..
 
"Kenapa cikgu terlalu baik sangat dengan saya? Agaknya di sebabkan saya ni anak orang susah, cikgu bersimpati dengan saya ke? Cikgu kasihankan saya kan?"
 
Aku memandang tepat pada wajah Cikgu yang sering menjadi perhatian pelajar-pelajar perempuan di sekolah. Tidak terkecuali juga cikgu-cikgu perempuan yang masih bujang..
 
"Itu salah satu sebabnya tapi alasan itu bukanlah kata kunci utama kepada persoalan yang Anis berikan.."
 
"Cikgu, tolong berterus-terang dengan saya boleh tak? Cikgu ni suka sangatlah mengeluarkan ayat-ayat sastera. Susah saya nak faham.."
 
"Dah nama pun saya cikgu Bahasa Melayu.. Hehehe.."
 
Aku tersenyum. Ada nada mencuit hati dengan kata-kata dari Cikgu Safarin..
 
"Anis mahu tahu kenapa saya suka memberi perhatian pada Anis?"
 
"Ye.. Saya nak tahu.."
 
"Ok.. Sebenarnya saya....."
 
"Cikgu!!!"
 
"Apa dia??"
 
"Beg sekolah saya tertinggal!!"
 
"Tertinggal dekat mana??"
 
"Pustaka Sri Intan!!"
 
 
  
Bab 4
 
 
Bagaimana cara harus aku membalas semua kebaikan yang telah di tunjukkan oleh Cikgu Safarin. Daripada buku-buku rujukan spm yang di belikannya untuk aku, sebuah novel dan juga beg sekolah baru. Ingatanku kembali pada kejadian siang tadi..
 
“Anis janganlah menangis. Beg sekolah Anis tu mungkin ada orang lain yang ambil..”
 
“Siapa yang nak ambil beg sekolah buruk saya tu? Sob..sob..sob..”
 
“Mungkin ada yang tertukar beg dengan Anis agaknya. Faham-faham sajalah dekat PSI tu ramai pelajar sekolah yang datang ke situ. Masing-masing mungkin ada yang bawa beg sekolah. Pasti ada yang tertukar..”
 
“Beg sekolah dah hilang. Macam mana saya nak pergi sekolah esok? Isk..isk..isk..sob..sob..sob..”
 
“Anis tak ada beg sekolah lain ke?”
 
Aku hanya menggelengkan kepala sambil tangan sibuk mengesat air mata dengan tisu..
 
“Macam ni lah, apakata kalau saya belikan beg sekolah yang baru untuk Anis. Nak tak?”
 
Lagi sekali aku menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju. Aku sudah tidak mahu menghabiskan duit Cikgu Safarin lagi. Hari ini sahaja sudah hampir dua ratus dia membelanjakan duitnya untuk aku..
 
“Kalau tak mahu, macam mana Anis nak pergi sekolah esok? Nak masukkan buku teks dalam guni ke apa?”
 
Aku tersentak dengan kata-kata dari Cikgu Safarin. Dalam hati ada terpalit perasaan sebal dan geram. Pantas aku menggumpal tisu dan membaling tisu ke arahnya! Dalam keadaan aku sedih begini pun sempat lagi dia bergurau seperti itu..
 
Cikgu Safarin sedikit mengelak dan tergelak kecil. Tisu yang aku baling di ambil dan di bukanya gumpalan itu. Dia tersenyum..
 
“Air mata seorang gadis kerana kehilangan beg sekolah sedang melekat pada tisu ini. Boleh saya bawa balik tak?”
 
“Saya tengah sedih macam ni pun cikgu masih sempat lagi berfalsafah macam tu.. Sob..sob..sob...
 
“Saya cuba menghilangkan rasa sedih yang Anis alami sekarang. Saya nak beli beg sekolah baru untuk Anis tapi Anis tak mahu. Habis tu, bila masalah ni nak selesai?”
 
Aku terdiam. Dengan serta merta aku berhenti menangis. Tapi esakan tangisan masih lagi bersisa. Perasaan geram, sedih dan marah silih berganti..
 
Aku mula menjeling ke arah Cikgu Safarin yang sedang tersenyum sambil matanya di berikan sepenuh perhatian pada sehelai tisu yang sudah berkedut..
 
“Saya suka bila tengok muka anis tengah marah macam ni tapi saya tak suka tengok Anis menangis. Mengeluarkan air mata hanya kerana beg sekolah hilang. Kalaulah air mata itu di keluarkan untuk sesuatu yang lebih bermakna, tentu ianya berbaloi.."
 
"Cikgu fikir beg sekolah saya tu tidak memberi makna apa-apa ke pada saya? Cikgu tahu tak, dengan beg sekolah saya yang hilang itulah saya dapat datang ke sekolah. Dah bertahun-tahun saya gunakan beg tu. Senang-senang je kan cikgu cakap macam tu?"
 
Tiba-tiba aku hot!
 
"Saya tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan perasaan Anis tapi bagi saya kehilangan beg sekolah Anis itu boleh di ganti dengan beg yang baru. Izinkan saya membantu.."
 
Aku memandang tepat ke wajah Cikgu yang menjadi kesayangan ramai di sekolah. Kali ini pandanganku lebih lama. Kenapa dia terlalu baik sangat dengan aku. Apa tujuannya? Jangan sampai dia menaruh hati pada budak sekolah seperti aku ini sudahlah..
 
“Dah.. Anis jangan fikir banyak lagi. Sekarang juga saya bawa Anis ke Giant. Nanti Anis boleh pilih sendiri beg sekolah yang macam mana Anis mahu.. Ok? Tolong jangan menangis lagi depan saya. Saya tidak sanggup melihat air mata Anis berterusan menitis hanya kerana sesuatu hal yang kecil begini. Tolong sapu sisa air mata yang masih saya nampak di pipi Anis tu. Atau, Anis nak saya yang sapukan?”
 
Cikgu Safarin melemparkan senyuman nakal. Aku berpaling ke arah tingkap cermin dan tersenyum. Cuba melindungi senyuman ini supaya Cikgu Safarin tidak perasan..
 
“Kenapa Anis berpaling ke arah sana? Tak sudi pandang muka saya lagi ke? Saya tahu la saya ni tak handsome, tak kacak, tak lawa. Sampaikan pelajar kesayangan saya sendiri pun dah tak sudi nak pandang..”
 
Gulp! Sengal je Cikgu Safarin ni. Ada pulak sampai ke situ perginya??
 
“Siapa kata cikgu tak handsome? Tak kacak? Tak lawa? Kalau tidak, masakan cikgu jadi perhatian ramai dekat sekolah kita tu?”
 
Aku memandang ke depan tanpa secalit pandangan pun aku berikan pada Cikgu Safarin. Boleh di katakan agak mengada-ngada juga dia ni..
 
“Kalau mereka yang lain memberikan perhatian pada saya, itu langsung tidak memberikan apa-apa erti pada saya. Lainlah kalau Anis..”
 
Cikgu Safarin mencuri pandang ke arahku yang masih berpura-pura melemparkan pandangan ke depan sedangkan dalam hati sudah berkecamuk dengan seribu persoalan. Kenapa Cikgu Safarin menunjukkan sikap yang pelik begini..
 
Setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya berbaur angau. Dia hendak mengorat akukah?
 
Kau masih di sekolah
Dan aku masih mentah
Kita lafazkan kata cinta
Yang tertulis dalam kamus asmara
 
Kau dan aku terpisah
Dewasa dibawa arah
Kita lupa ada sejarah
Yang tersimpan dalam kamus asmara
 
Terkadang kau menjelma
Mimpi indah sewaktu bersama
Itu cinta pertama
Tak mungkin kulupa
 
Pernah aku mencuba
Mencari mu entah di mana
Dan kini yang kutemui
Arca yang berbeda
 
Sayang selasih tuan
Tumbuh di hujung taman
Mekar bersendirian
Sayang kasihku intan
Harum sepanjang zaman
Biar kau milik orang
 
Kiranya engkau terdengar
Kesan cinta pertama
Walau di mana kau berada
Doaku semoga kau bahagia
Selamanya
 
 
Entah lagu zaman bila Cikgu Safarin ni dengar. Lagu zaman pak kaduk agaknya ni. Ish, dengarlah lagu Aishiteru ke, cinta muka buku ke.. Hikhik!
 
Petang ini Cikgu Syima akan membuat pemilihan untuk pemain-pemain bola jaring. Aku juga tidak mahu melepaskan peluang ini bagi mengikuti latihan pemilihan tersebut walaupun aku sudah pun terpilih untuk memasuki team badminton bagi mewakili sekolah. Dari tingkatan satu sampai ke tingkatan empat, aku memang sentiasa tidak melepaskan peluang untuk menceburkan diri dalam acara sukan di sekolah kerana ianya sudah menjadi minat aku sejak dari sekoah rendah lagi. Sekarang aku sudah berada di tingkatan lima tapi masih lagi mahu mencari peluang untuk melibatkan diri dalam sukan tahunan di sekolah..
 
Cikgu Syima mengarahkan aku dan Diana pergi ke stor peralatan sukan untuk mengambil beberapa lagi biji bola..
 
Aku dan Diana berjalan seiringan sambil bergurau senda. Pada kebiasannya kami berdua akan berjalan sambil berpimpin tangan. Usikan demi usikan dari Diana mengenai Cikgu Safarin yang cuba hendak mengorat aku menjadi tajuk perbualan hangat tapi aku tidak mahu mengulasnya dengan lebih panjang. Bagi aku, biarlah Diana sendiri yang beranggapan seperti itu. Aku tidak mahu jadi minah yang perasan! Hehehe..
 
Aku dan Diana berjalan di sepanjang koridor. Tiba-tiba kami terasa jejak langkah kami di ekori oleh seseorang. Sambil berjalan, aku membuat isyarat mata pada Diana mengenai seseorang yang sedang berada di belakang kami..
 
Aku dan Diana memberhentikan langkah kaki dan perlahan-lahan kami berpaling ke belakang. Tapi tiada satu kelibat manusia pun yang ada. Dalam hati mula terdetik perasaan takut kerana mengingatkan sekolah kami ini adalah sekolah berhantu apabila mendengar cerita daripada beberapa orang pelajar lain dan juga cerita dari pak guard..
 
"Anis.. Tak ada orang pun?"
 
""A'ah laa.. Tak ada sesiapa kan?"
 
"Jomlah. Nanti kita lambat pula sampai dekat bilik stor.."
 
Aku dan Diana kembali menyambung perjalanan tapi di sepanjang perjalanan yang kami atur, memang terasa benar seperti kami di ekori. Sekali lagi aku membuat isyarat mata pada Diana dan mula berbisik..
 
"Psssttt.. Nanti bila kita sampai dekat selekoh bangunan ni, kita sembunyi tau. Kemudian bila orang tu dah dekat, kau hulurkan kaki, lepas tu bila dia jatuh, aku tumbuk muka orang tu ek. Ok?"
 
"Ok, beres!"
 
Aku dan Diana mula buat rancangan nakal. Hihihi..
 
Lagi sekali kami menyambung perjalanan dan berlagak slumber kononnya tidak tahu apa-apa padahal dalam hati sudah tersemat dengan satu perancangan yang cukup rapi. Cewah!
 
Apabila tiba di penghujung koridor, aku dan Diana cepat-cepat bersembunyi di tepi bangunan..
 
Semakin lama, semakin jelas kedengaran bunyi derap kaki seseorang yang menghampiri tempat aku dan Diana sedang bersembunyi sekarang..
 
Aku dan Diana bersedia untuk memainkan peranan masing-masing. Diana akan menahan kakinya, aku pula akan melepaskan tumbukan pada muka orang yang mengekori kami..
 
Bunyi derap kaki semakin hampir dan jelas. Seraya itu juga Diana menghulurkan kakinya dan sepantas kilat aku mendepakan tangan ke depan sambil melepaskan tumbukan padu!
 
Dush!!
 
"Aduuuhhh!!"
 
Alamak! Cikgu Safarin?? Mampos aku!
 
"Cikgu Pareng??"
 
Diana menjerit sambil menutup mulut dengan kedua-dua tangan..
 
"Aduuuhhh....."
 
"Cikguuu.. Soriii.."
 
Aku duduk di sebelah Cikgu Safarin yang sedang jatuh terlentang ke belakang. Dia memegang mata kirinya dengan kedua-dua tangan. Aku cuba mengalih tangannya untuk melihat kecederaan yang di alaminya kesan daripada tumbukan yang aku lepaskan sebentar tadi..
 
"Cikgu, kami minta maaf ye! Ingatkan orang jahat. Tak sangka pula Cikgu sebenarnya yang mengekori kami dari tadi.."
 
Aku dan Diana membantu Cikgu Safarin berdiri semula dengan menarik kedua-dua tangannya. Mak ai.. Berat sungguh!
 
"Aduuhh.. Mana ada orang jahat dalam kawasan sekolah macam ni?? Kuat betul Anis pukul mata saya..! Siapa yang ajar tumbuk macam tu?? Aduuhh.."
 
"Errr.. Cikgu Izudin yang ajar.."
 
Aku menjawab dalam keadaan takut-takut..
 
"Cikgu Izudin?? Cikgu Izudin mana pulak?? Tak pernah dengar pun nama cikgu tu kat sekolah ni?? Auuuuhh.. Ssss....."
 
Cikgu Safarin masih lagi memegang matanya yang sudah lebam barangkali..
 
"Cikgu Izudin tu guru silat yang mengajar silat dekat sekolah ni. Tiap-tiap petang selasa dan khamis, dia datanglah mengajar silat kat sini. Saya dengan Anis salah seorang dari murid silatnya.."
 
Diana memberikan penjelasan pada Cikgu Safarin yang masih lagi mengaduh kesakitan. Kuat sangat ke aku melepaskan tumbukan tadi tu? Aku menilik buku lima tangan kananku. Ada sedikit rasa sengal. Keras juga tulang mata Cikgu Safarin ni. Baru sekarang aku terasa sakitnya..
 
"Tangan Anis tak apa-apa?"
 
Aik? Tiba-tiba pula Cikgu Safarin risaukan pasal tangan aku. Sepatutnya dia lebih risaukan lebam yang terdapat di bawah matanya tu..
 
"Tangan saya tak apa-apa. Ok aje. Cikgu, saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja.."
 
"Tak apa. Saya pun salah. Sebenarnya saya nak jumpa Anis tapi saya tak panggil nama Anis. Saya cuma ikut saja ke mana Anis dan Diana nak pergi.."
 
"Lain kali kalau cikgu nak jumpa dengan Anis, cikgu beritahu aje pada saya. Saya boleh aturkan pertemuan cikgu dengan kawan baik saya ni. Hehehe.."
 
Diana seakan-akan mengusik. Aku senyum dan tertunduk..
 
"Ish awak ni Diana. Bukan main lagi ye nak mengajar saya. Tahu la macam mana caranya saya nak jumpa dengan kawan baik awak ni.."
 
Eleh, kononnya Cikgu Safarin ni tahu macam mana cara nak jumpa dengan aku. Tahu apa kalau awal-awal lagi dah kena makan penumbuk?
 
Cikgu Safarin tersenyum dan mencuri-curi pandang ke arahku. Tapi aku sengaja mengalihkan pandangan ke arah lain dan tersenyum. Pandangan mata Cikgu Safarin membuatkan jantungku berdegup lain macam..
 
"Haaa.. Cikgu nak mengorat Anis yeee.."
 
Diana menggerak-gerakkan jari telunjuknya ke arah Cikgu Safarin..
 
"Diana.. Err.. Boleh awak tinggalkan saya dengan Anis sekejap?"
 
Erk!
 
"Okey.."
 
Diana memberikan persetujuan tanpa aku merelakannya. Cepat-cepat aku mencubit lengan Diana dan membulatkan mata ke arahnya. Tapi hanya sia-sia saja. Diana tidak mempedulikan isyarat mata yang aku buat. Dia hanya tersenyum dan beredar begitu saja..
 
Sekarang hanya tinggal aku dan Cikgu Safarin. Dia senyum, aku pun senyum. Pelik! Perasaanku kini sudah jadi lain macam..
 
"Ada apa cikgu nak jumpa saya? Ada hal penting ke?"
 
"Erm. Ada perkara penting yang saya nak cakapkan pada Anis. Boleh kita ke sana sekejap?"
 
Cikgu Safarin menunjukkan arah sebuah bangku di dalam taman bacaan yang di sediakan pihak sekolah dan kami mengorak langkah seiringan menuju ke tempat yang di maksudkan..
 
Dalam hati timbul pelbagai soalan. Entah apa perkara yang hendak di cakapkan Cikgu Safarin pada aku agaknya. Mungkin hendak berbincang soal mata pelajaran Bahasa Melayu barangkali. Betul ke? Skema je bunyinya..
 
"Anis suka dengan saya tak?"
 
"Ha?"
 
"Saya tanya.. Anis suka dengan saya ke tidak?"
 
"Tentulah saya suka. Cikgu kan sudah banyak kali menolong saya. Cikgu pinjamkan saya raket, cikgu belikan saya buku-buku rujukan, cikgu belikan saya novel, cikgu belikan saya beg sekolah baru.."
 
Aku menghadiahkan senyuman pada Cikgu Safarin sambil sepasang mataku memandang tepat pada lebam yang terdapat di sekitar matanya. Alahai, kasihan cikgu ni..
 
Cikgu Safarin menggaru kepala. Apa salah ke aku jawab?
 
"Bukan itu maksud saya..”
 
“Maksud cikgu apa? Straight to the point lah cikgu. Saya dah lambat ni. Lepas ni saya ada latihan bola jaring. Cikgu Syima dan yang lain-lain tentu sudah lama menunggu di padang..”
 
Aku mula berdiri dan berjalan beberapa langkah..
 
“Anis.. Tunggulah dulu. Saya belum habis cakap lagi..”
 
Cikgu Safarin juga turut sama berdiri dan berjalan beberapa meter menghampiri aku. Suasana di persekitaran amat jelas sekali kelihatan ramai pelajar yang sedang memerhati ke arah kami berdua..
 
Ada juga segelintir pelajar yang mula berbisik sesama mereka dan menunjukkan tangan ke arah aku dan Cikgu Safarin yang masih berada di dalam taman bacaan ini. Aku jadi tidak selesa dan tidak mahu pelajar-pelajar lain memandang serong pada kami berdua..
 
“Kalau cikgu nak cakap apa-apa yang penting, cikgu cakaplah sekarang. Janganlah terlalu banyak sangat maksud yang tersirat di sebalik kata-kata cikgu tu. Saya ni dah mula rasa tak selesa bila pelajar lain memandang ke arah kita. Cikgu tak rasa macam tu ke?”
 
“Ok, baiklah. Saya akan berterus-terang dengan Anis sekarang..”
 
Aku mengangguk dan mula bersedia untuk mendengar apakah perkara yang di maksudkan oleh Cikgu Safarin sebentar tadi..
 
“Anis..”
 
“Erm..”
 
“Sebenarnya saya…..”
 
Ish, hendak bersuara pun tersekat-sekat. Sebiji macam cd rosak..
 
“Cakaplah cikgu. Kalau cikgu tak nak cakap sekarang, cikgu cakap lain kali ajelah..”
 
Aku menarik muka empat belas!
 
“Ehem.. Ok-ok. Saya sebenarnya sudah terpaut……..”
 
“Assalamualaikum..”
 
“Waalaikumussalam..”
 
Aku dan Cikgu Safarin menjawab salam serentak. Guru besar Puan Sharifah tiba-tiba muncul dan memberi salam
 
“Safarin, esok awal-awal pagi ada mesyuarat tau. Awak dah tahu ke belum?”
 
“Belum lagi puan. Pukul berapa?”
 
“Lepas perhimpunan..”
 
Puan Sharifah berlalu dan berjalan menghampiri tempat parking kereta. Aku juga turut sama meminta diri untuk pergi ke padang bagi mengikuti latihan bola jaring..
 
Sambil berjalan, aku sempat melemparkan padangan pada Cikgu Safarin yang masih lagi tidak berganjak dari taman bacaan itu. Dia tersenyum sambil berpeluk tubuh dan menujukkan isyarat di sekitar matanya yang lebam! Kikiki..