Nama Pena: Mrs. Yie
Bab 3
Hujung minggu kini tiba. Diana datang ke rumahku dan mengajak aku pergi ke bandar untuk mencari buku-buku rujukan yang dia mahu beli. Beruntungnya jadi macam Diana. Kehidupannya lebih baik dari aku. Hendak beli buku apa, hendak beli pakaian apa, hendak makan apa, semuanya dapat..
“Anis, nanti kau temankan aku pergi ke PSI ye..”
“Bila tu?”
“Sekarang laaa..”
“Aku tak ada duit la..”
“Tak apa. Kau temankan aku je. Nanti aku bayarkan tambang, aku belanja kau makan dan buku apa yang kau nak beli pun nanti aku bayarkan. Ok?”
Setelah mendengar penjelasan dari Diana, aku menarik nafas panjang. Sudah terlalu banyak pula Diana menghabiskan duitnya untuk aku sepanjang tempoh kami berkawan. Apabila Diana menyebut soal buku, baru aku teringat. Cikgu Safarin akan membelikan buku-buku rujukan spm yang aku mahu. Jadi aku terpaksa tolak pelawaan dari Diana..
“Pasal buku-buku tu kau tak perlulah nak bayarkan untuk aku..”
“Kenapa pula?”
“Sebab.. Er.. Sebab..”
“Sebab apa?!”
Diana tiba-tiba menyergah!
“Sebab Cikgu Safarin dah nak belikan untuk aku!”
Aku terperanjat dengan suara sergahan dari Diana dan menyebabkan aku turut sama melantangkan suara..
“Hah??”
Sepasang mata Diana membulat..
“Cikgu Safarin nak belikan untuk aku..”
Dengan tidak semena-mena, Diana tergelak. Entah apa yang lucu sangat agaknya..
“Aku rasa Cikgu Safarin tu syok dekat kau la Anis. Hehehe..”
Diana gelak lagi sambil menutup mulut..
“Mengarutlah!”
“Apa pula mengarut? Cuba kau fikir baik-baik. Dia bagi kau guna raket dia, dia selalu hantar kau balik rumah, dia ikut kau pergi ke sungai.. Ermmm, apa lagi ye. Hah! Dia nak beli buku-buku rujukan untuk kau. Apa makna semua tu?”
Aku mencebikkan bibir apabila mendengarkan kata-kata dari Diana yang pada aku sedikit pun tidak masuk akal. Cikgu yang berusia 27 tahun macam tu syok dekat pelajar yang berusia 17 tahun?? Mustahil!
"Kau jangan nak reka ceritalah Diana. Entah-entah Cikgu Safarin tu dah bertunang ke, dah kahwin ke. Manalah kita tahu. Kau jangan pandai-pandai nak cakap macam tu ye. Nanti kalau Cikgu Safarin dapat tahu, malu aku.."
Aku menjelaskan keadaan pada Diana supaya dia faham..
"Mana ada aku reka cerita? Betul apa.."
Diana masih lagi mahu mempertahankan apa yang sudah dia perkatakan sebentar tadi..
"Apa yang betulnya??"
Aku sudah mula naik geram pada Diana..
Diana membuka zip beg sekolahnya dan mengambil kotak pensil. Satu kertas kecil di keluarkan dan di berikannya pada aku..
"Memandangkan kau tak ada handphone, Cikgu Safarin berikan nota ni. Dia bagi pada aku dua hari yang lepas tapi masa tu aku terlupa nak bagi dekat kau. Sorry ek.."
Dahiku berkerut sambil mengambil nota kecil dari tangan Diana..
'Jumpa saya dekat Pustaka Sri Intan (PSI) hari sabtu jam 11 pagi. Datang dengan Diana ye. Saya tunggu Anis tau. Nanti kita pilih sama-sama buku rujukan yang Anis mahu. Kalau
ikutkan hati, saya memang nak pergi beli sendiri. Tapi kalau Anis ada sama, tentu saya rasa lebih seronok dan bahagia..'
Tiba-tiba nota kecil yang berada di tanganku tercampak ke lantai. Ayat yang terakhir paling tidak menahan..
Diana membuat muka pelik setelah mendapati aku mencampakkan nota kecil itu tanpa di sengajakan..
"Anis, kau ni kenapa? Main campak-campak pula kertas tu?"
"Bukannya aku sengaja nak campak.."
"Habis tu??"
"Cuba kau baca nota yang Cikgu Safarin tulis tu. Baca ayat yang terakhir.."
Aku memuncungkan mulut ke arah nota kecil yang sudah berada di atas lantai usang dan berlubang. Nasib baik jugalah nota itu tidak jatuh ke bawah rumah melalui lubang itu..
Diana membongkokkan sedikit badannya dan mula mencapai nota kecil yang di kirimkan Cikgu Safarin kepada aku..
"Tapi kalau Anis ada sama, tentu saya rasa lebih seronok dan bahagia.. Hahahahaha!!"
Wah, Diana gelak besar! Sehinggakan aku juga turut sama tergelak besar macam dia..
"Aku dah mula rasa curiga dengan Cikgu Safarin ni.."
"Maksud kau apa Anis?"
"Entah. Dia seolah-olah menunjukkan sikap pelik depan aku. Cara dia bercakap, cara dia mengeluarkan patah-patah perkataan, tingkah laku dia. Kau tahu tak, masa dekat sungai tempohari, ada ke patut dia suruh aku pancing hati dia??"
Hahaha! Aku dan Diana sama-sama tergelak besar..
"Sebab itulah aku cakap Cikgu Safarin tu suka dekat kau tapi kau tak nak percaya. Kau cakap aku mengarut.."
Diana mula menarik muka empat belas..
"Jangan-jangan kau dah berpakat dengan Cikgu Safarin ye nak ajak aku pergi ke PSI kan?"
Aku juga turut berasa curiga pada diana..
"Eh, tolong sikit ye. Aku pun terkejut bila baca nota yang Cikgu Safarin bagi dekat kau tadi tu. Tak sangka pula aku cikgu pelik tu ajak kau pergi ke PSI juga hari ni.."
"Kau jangan nak tipu. Habis tu, kenapa tiba-tiba pula Cikgu Safarin ada tulis nama kau sekali dalam nota tu? Kalau nak tipu aku pun agak-agak la.."
Aku menarik muka kelat dan menjeling Diana dengan perasaan geram. Diana tertawa kecil seraya menutup mulut. Ooo.. Pandai betul dia berlakon depan aku..
"Ok-ok. Aku mengaku aku sudah berpakat dengan Cikgu Safarin tu. Dia yang beria-ia sangat minta tolong dengan aku supaya pujuk kau untuk pergi ke PSI tu hari ni. Aku juga berani jamin dengan kau yang Cikgu Safarin tu masih lagi belum berkahwin, dia masih bujang, dia belum bertunang atau terikat dengan siapa-siapa pun. Dia suka dekat kau tu Anis.."
Bersungguh-sungguh benar cara Diana memberitahu padaku mengenai maklumat tentang Cikgu Safarin. Aku pelik dengan sikap Diana. Macam mana dia boleh tahu begitu banyak tentang Cikgu Safarin tu sedangkan di sekolah, aku yang paling rapat dengan Cikgu pelik tu..
"Eleh kau ni Diana. Kau percaya ke dengan maklumat yang kau dapat dari Cikgu Safarin tu?"
"Mestilah aku percaya. Kalau betul dia dah kahwin, tak mungkin dia akan tinggal satu rumah dengan cikgu kerinting tu? Mestilah dia tinggal bersama dengan isterinya.."
"Eh, manalah tahu kalau isteri dia cikgu jugak ke tapi mengajar kat tempat lain. Sabah ke, Sarawak ke. Ataupun bini dia jururawat ke, tentera ke. Tapi bertugas kat negeri lain?? Eleh.. Ingat aku ni lurus bendul macam kau ke Diana?"
"Amboi bahasa kau bukan main lagi ye. Eh, dahlah. Cepatlah siap. Nanti kesian dekat Cikgu Pareng tu menunggu lama dekat sana. Tak pasal-pasal jadi tiang letrik pula dia kat depan PSI tu. Hahaha..!"
"Kau panggil Cikgu Safarin apa tadi?"
"Cikgu Pareng. Hahaha!"
Lagi sekali Diana tergelak besar. 'Cikgu Pareng'. Kikiki..
Aku dan Diana segera bergegas menuju ke Pustaka Sri Intan setelah turun dari bas. Kami berdua mengorak langkah dengan cepat apabila menyedari waktu yang di janjikan dengan Cikgu safarin sudah melebihi lima belas minit..
Apabila kami tiba di pintu masuk ke PSI, kelibat Cikgu Safarin masih tidak kelihatan. Aku dan Diana berpandangan sesama sendiri. Dalam hati mungkin terdetik satu soalan yang sama. 'Mana Cikgu Safarin ni? Janji pukul 11. Sekarang sudah 11.15..'
"Aku rasa dia main-main la Diana.."
Aku sudah mula berasa geram. Berkemungkinan juga Cikgu Safarin hanya mempermainkan aku dengan Diana. Mungkin dia saja main-main dengan nota yang di tulisnya itu..
"Tak mungkin. Dia dah janji nak belikan kau buku-buku rujukan kan? Kalau dalam hal yang macam ni pun dia nak mainkan kau, memang dia jenis manusia yang tidak punya perasaan la. Kita tunggu dulu dalam masa sepuluh minit lagi. Kalau dia tak muncul juga, tahu la macam mana aku nak mengajarnya esok. Berani dia main-mainkan kawan baik aku.."
Diana menggetap bibir sambil menumbuk-numbuk tangan kanan pada tapak tangan kirinya. Ceh, tak padan dengan budak sekolah. Ada hati tu nak mengajar cikgu. Mimpi je la!
"Ooo.. Mengumpat saya ye.."
Erk!
Aku dan Diana cepat-cepat berpusing ke belakang. Berdirinya seorang cikgu yang kami nanti-nantikan. 'Cikgu Pareng!'..
"Eh, cikgu. Dah lama sampai?"
Diana berpura-pura ramah. Cis, hipokrit sungguh!
"Saya dah lama sampai. Kalau saya janji pukul 11, pukul 11 la saya sampai. Bukannya macam dua orang budak sekolah yang berdiri kat depan saya ni. Langsung tidak menepati masa. Saya tak suka orang yang sengaja melengah-lengahkan masa macam Anis dan Diana.."
Aku dan Diana tersenyum sumbing. Tak pasal-pasal dapat nasihat free dari Cikgu Safarin..
"Maafkan kami ye cikgu. Tak sengaja la datang lambat. Lagipun, baru saja lima belas minit kami terlewat. Cikgu faham-faham sajalah. Kami berdua ni naik bas. Banyak berhenti pula tu. Cikgu tak apalah, naik kereta sendiri.."
Diana menjelaskan keadaan yang sebenar pada Cikgu Safarin. Aku hanya terdiam dan membisu seribu bahasa..
"Ok, tak mengapalah. Saya maafkan. Anis dan Diana dah makan belum?"
"Saya dah makan kat rumah tadi. Tapi Anis saya tak tahulah.."
Diana memandang ke arahku..
"Anis dah makan?"
Cikgu Safarin menundukkan kepalanya dan mencuri pandang pada muka aku yang sedikit terlindung dek kerana hujung tudung yang di tiup angin..
"Sudah.."
Ringkas saja aku menjawab..
"Ok. Kalau semuanya sudah makan, jom kita masuk dalam. Kita cari buku-buku yang Anis dan Diana mahu.."
Cikgu Safarin memulakan langkah dan memasuki pasaraya yang hanya menjual buku paling terkenal di bandar Kuala Terengganu. Aku dan Diana hanya mengekori dari belakang..
Apabila terlalu asyik memilih buku, secara tidak sengaja kami bertiga tiba-tiba berpecah. Diana naik ke tingkat dua. Cikgu Safarin pula hilang entah kemana. Aku? Tersasar pada tujuan yang sebenar. Dengan tidak semena-mena aku sudah berada di bahagian novel..
Satu persatu aku menilik novel-novel terbaru yang teratur kemas. Tiba-tiba saja pandanganku terhenti pada sebuah novel yang begitu menarik perhatianku kerana kulit depannya yang cantik. Tajuknya ‘Takdir Itu Untuk Aku’. Eh? Ilustrasi wajah hero pada kulit depan novel itu sebiji macam muka Cikgu Safarin. Huk aloh.. Asyik muka dia je yang aku fikir. Ikan jaws dua serupa barangkali..
“Anis nak novel ni?”
Erk!
Terdengar suara Cikgu Safarin dari sebelah kanan cuping telinga. Serentak aku berpaling dan tersenyum..
“Taklah. Tengok-tengok aje..”
Cepat-cepat aku meletakkan kembali novel yang berada di tangan tapi Cikgu Safarin mengambilnya semula dan melihat-lihat novel itu secara keseluruhannya..
“Ariana, anak tunggal Encik Ahmad dan Puan Rokiah, gadis serba sederhana yang cantik, nakal, agak kasar dan berpendirian tegas. Ariana tidak senang memikirkan tentang jodoh. Dia seakan serik untuk bercinta kerana pernah ditipu oleh Nazri. Malang menimpa, orang yang paling Ariana sayang pergi meghadap ilahi. Kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan.
Bla..bla..bla..
Ariana lebih tertarik pada jirannya Izudin, duda yang masih terikat dengan pelbagai masalah peribadi. Hubungan mereka sering di landa konflik kerana bekas isterinya, Puan Dila sering mengganggu dan meminta wang. Izudin pula langsung tidak bersikap tegas. Perasaan yang Ariana cuba selindung rupanya tidak bertahan lama. Cintanya diluahkan secara tidak sengaja. Peribadi Izudin benar-benar membuatkan Ariana tertarik. Walaupun penuh dengan cemburu, lelaki yang menjadi perhatian ramai wanita ini seorang yang terlalu melindungi, cukup romantik dan pandai bermain kata-kata. Hubungan Ariana dan Izudin semakin semarak dengan rindu dan kasih.
Pelbagai insiden romantik, salah faham, merajuk, cemburu, sedih dan lucu bisa menyentuh hati sesiapa yang membaca. Bagaimanakah kesudahan percintaan Ariana dan Izudin? Dapatkah Haji Fahmi meraih cinta Ariana?”
Mak ai.. Habis satu sinopsis Cikgu Safarin baca! Aku terkedu..
“Erm.. Menarik sinopsis novel ni. Anis nak? Saya belikan ye..?”
“Eh, tak apalah cikgu. Saya tengok-tengok setakat mencuci mata aje. Lagipun kulit depannya menarik. Ilustrasi muka hero tu sebiji macam.. Macam.. Err..”
“Macam siapa? Macam saya ye..”
Ish, tidak sempat aku hendak menghabiskan ayat tiba-tiba pula Cikgu Safarin mencelah dan tersengih. Tinggi betul tahap perasan Cikgu Pareng ni. Berada pada tahap seratos barangkali. Hahaha!
“Erm. Ada iras sedikit..”
Aku mengaku sekaligus mengiakan dan tertunduk malu..
“Muka Anis dah merah. Adakah itu satu petanda bahawa hati dan perasaan Anis sudah terpancing oleh saya?”
Huk aloh.. Tiba-tiba bersastera dan berjiwang pula Cikgu Pareng ni. Lemah seluruh anggota badan apabila mendengar ungkapan seperti itu..
“Maksud cikgu apa..? Saya tak faham..”
“Ermmm.. Cukup hanya saya seorang saja yang faham. Anis masih budak-budak mungkin susah nak faham. Saya pun tidak mahu membebankan fikiran Anis untuk memikirkan apa yang sudah saya perkatakan. Jadi, Anis lupakan sajalah..”
Cikgu Safarin mula meletakkan novel di atas timbunan buku-buku rujukan spm yang berada di tangannya. Itu bermaksud, memang betul-betul dia hendak membelikan novel itu untuk aku. Alahai.. Tak terbalas budi baiknya. Buku-buku rujukan dan novel. Entah berapa banyak duit dia akan habis nanti..
“Betul-betul ke cikgu nak belikan novel itu untuk saya?
“Sekali sekala Anis kena baca buku-buku yang berbentuk novel macam ni. Tak boleh juga kalau asyik baca buku pelajaran je. Nanti stress..”
Sepantas kilat hidungku di sentuh dan di tonyoh perlahan. Aku memegang hidung dengan satu perasaan lain macam..
“Saya tak mahu terhutang budi lagi dengan cikgu. Nanti tak terbalas..”
“Nanti Anis balas la budi saya. Bagi result yang cemerlang dalam spm. Itu sudah cukup dapat membanggakan saya.”
“InsyaAllah. Saya tak berani nak jamin..”
“Kenapa Anis cakap macam tu? Anis tak yakin?”
“Bukan tak yakin. Tapi saya tak berani nak menaruh harapan yang tinggi. Saya nak buat biasa-biasa saja..”
Suasana di dalam kereta sunyi dan sepi memandangkan Diana tidak ada. Bapa Diana sudah awal-awal lagi menjemputnya kerana mahu membawanya ke hospital bagi menzirahi neneknya. Aku agak tidak selesa apabila hanya berdua saja berada di dalam kereta dengan Cikgu Safarin memandangkan jarak perjalanan dari bandar ke rumah agak jauh. Kalau dekat-dekat tu tak mengapalah juga..
Tadi aku menyatakan hasrat untuk menaiki bas seperti pagi tadi untuk pulang ke rumah tapi Cikgu Safarin tidak membenarkan. Katanya aku tidak berteman dan masih di bawah umur. Dia bimbang sekiranya terjadi apa-apa pada aku..
"Anis.."
"Ye cikgu.."
"Buku rujukan dah dapat. Novel pun dah dapat. Tapi kenapa Anis macam tak gembira?"
"Kalau saya gembira, takkan saya nak melompat-lompat dalam kereta cikgu ni?"
"Hehehe.. Betul juga.."
Cikgu Safarin memandangku sekilas sambil tersenyum mesra..
"Cikgu.. Terima kasih banyak ye. Tentu banyak duit cikgu habis untuk buku-buku rujukan tu semua.."
Aku tertunduk pilu. Dalam hati ada terselit perasaan terharu dengan kebaikan yang di tunjukkan Cikgu Safarin..
"Sama-sama kasih.."
Uik? Belum pernah lagi aku dengar orang membalas ucapan terima kasih seperti itu. Cikgu Safarin ni memang suka merekacipta ayat!
Lagi sekali Cikgu Safarin memandang tapi pandangannya kali ini penuh makna. Seolah-olah aku dapat membaca apakah maksud tersirat dari pandangan sepasang matanya itu..
"Kenapa cikgu terlalu baik sangat dengan saya? Agaknya di sebabkan saya ni anak orang susah, cikgu bersimpati dengan saya ke? Cikgu kasihankan saya kan?"
Aku memandang tepat pada wajah Cikgu yang sering menjadi perhatian pelajar-pelajar perempuan di sekolah. Tidak terkecuali juga cikgu-cikgu perempuan yang masih bujang..
"Itu salah satu sebabnya tapi alasan itu bukanlah kata kunci utama kepada persoalan yang Anis berikan.."
"Cikgu, tolong berterus-terang dengan saya boleh tak? Cikgu ni suka sangatlah mengeluarkan ayat-ayat sastera. Susah saya nak faham.."
"Dah nama pun saya cikgu Bahasa Melayu.. Hehehe.."
Aku tersenyum. Ada nada mencuit hati dengan kata-kata dari Cikgu Safarin..
"Anis mahu tahu kenapa saya suka memberi perhatian pada Anis?"
"Ye.. Saya nak tahu.."
"Ok.. Sebenarnya saya....."
"Cikgu!!!"
"Apa dia??"
"Beg sekolah saya tertinggal!!"
"Tertinggal dekat mana??"
"Pustaka Sri Intan!!"
Bab 4
Bagaimana cara harus aku membalas semua kebaikan yang telah di tunjukkan oleh Cikgu Safarin. Daripada buku-buku rujukan spm yang di belikannya untuk aku, sebuah novel dan juga beg sekolah baru. Ingatanku kembali pada kejadian siang tadi..
“Anis janganlah menangis. Beg sekolah Anis tu mungkin ada orang lain yang ambil..”
“Siapa yang nak ambil beg sekolah buruk saya tu? Sob..sob..sob..”
“Mungkin ada yang tertukar beg dengan Anis agaknya. Faham-faham sajalah dekat PSI tu ramai pelajar sekolah yang datang ke situ. Masing-masing mungkin ada yang bawa beg sekolah. Pasti ada yang tertukar..”
“Beg sekolah dah hilang. Macam mana saya nak pergi sekolah esok? Isk..isk..isk..sob..sob..sob..”
“Anis tak ada beg sekolah lain ke?”
Aku hanya menggelengkan kepala sambil tangan sibuk mengesat air mata dengan tisu..
“Macam ni lah, apakata kalau saya belikan beg sekolah yang baru untuk Anis. Nak tak?”
Lagi sekali aku menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju. Aku sudah tidak mahu menghabiskan duit Cikgu Safarin lagi. Hari ini sahaja sudah hampir dua ratus dia membelanjakan duitnya untuk aku..
“Kalau tak mahu, macam mana Anis nak pergi sekolah esok? Nak masukkan buku teks dalam guni ke apa?”
Aku tersentak dengan kata-kata dari Cikgu Safarin. Dalam hati ada terpalit perasaan sebal dan geram. Pantas aku menggumpal tisu dan membaling tisu ke arahnya! Dalam keadaan aku sedih begini pun sempat lagi dia bergurau seperti itu..
Cikgu Safarin sedikit mengelak dan tergelak kecil. Tisu yang aku baling di ambil dan di bukanya gumpalan itu. Dia tersenyum..
“Air mata seorang gadis kerana kehilangan beg sekolah sedang melekat pada tisu ini. Boleh saya bawa balik tak?”
“Saya tengah sedih macam ni pun cikgu masih sempat lagi berfalsafah macam tu.. Sob..sob..sob...
“Saya cuba menghilangkan rasa sedih yang Anis alami sekarang. Saya nak beli beg sekolah baru untuk Anis tapi Anis tak mahu. Habis tu, bila masalah ni nak selesai?”
Aku terdiam. Dengan serta merta aku berhenti menangis. Tapi esakan tangisan masih lagi bersisa. Perasaan geram, sedih dan marah silih berganti..
Aku mula menjeling ke arah Cikgu Safarin yang sedang tersenyum sambil matanya di berikan sepenuh perhatian pada sehelai tisu yang sudah berkedut..
“Saya suka bila tengok muka anis tengah marah macam ni tapi saya tak suka tengok Anis menangis. Mengeluarkan air mata hanya kerana beg sekolah hilang. Kalaulah air mata itu di keluarkan untuk sesuatu yang lebih bermakna, tentu ianya berbaloi.."
"Cikgu fikir beg sekolah saya tu tidak memberi makna apa-apa ke pada saya? Cikgu tahu tak, dengan beg sekolah saya yang hilang itulah saya dapat datang ke sekolah. Dah bertahun-tahun saya gunakan beg tu. Senang-senang je kan cikgu cakap macam tu?"
Tiba-tiba aku hot!
"Saya tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan perasaan Anis tapi bagi saya kehilangan beg sekolah Anis itu boleh di ganti dengan beg yang baru. Izinkan saya membantu.."
Aku memandang tepat ke wajah Cikgu yang menjadi kesayangan ramai di sekolah. Kali ini pandanganku lebih lama. Kenapa dia terlalu baik sangat dengan aku. Apa tujuannya? Jangan sampai dia menaruh hati pada budak sekolah seperti aku ini sudahlah..
“Dah.. Anis jangan fikir banyak lagi. Sekarang juga saya bawa Anis ke Giant. Nanti Anis boleh pilih sendiri beg sekolah yang macam mana Anis mahu.. Ok? Tolong jangan menangis lagi depan saya. Saya tidak sanggup melihat air mata Anis berterusan menitis hanya kerana sesuatu hal yang kecil begini. Tolong sapu sisa air mata yang masih saya nampak di pipi Anis tu. Atau, Anis nak saya yang sapukan?”
Cikgu Safarin melemparkan senyuman nakal. Aku berpaling ke arah tingkap cermin dan tersenyum. Cuba melindungi senyuman ini supaya Cikgu Safarin tidak perasan..
“Kenapa Anis berpaling ke arah sana? Tak sudi pandang muka saya lagi ke? Saya tahu la saya ni tak handsome, tak kacak, tak lawa. Sampaikan pelajar kesayangan saya sendiri pun dah tak sudi nak pandang..”
Gulp! Sengal je Cikgu Safarin ni. Ada pulak sampai ke situ perginya??
“Siapa kata cikgu tak handsome? Tak kacak? Tak lawa? Kalau tidak, masakan cikgu jadi perhatian ramai dekat sekolah kita tu?”
Aku memandang ke depan tanpa secalit pandangan pun aku berikan pada Cikgu Safarin. Boleh di katakan agak mengada-ngada juga dia ni..
“Kalau mereka yang lain memberikan perhatian pada saya, itu langsung tidak memberikan apa-apa erti pada saya. Lainlah kalau Anis..”
Cikgu Safarin mencuri pandang ke arahku yang masih berpura-pura melemparkan pandangan ke depan sedangkan dalam hati sudah berkecamuk dengan seribu persoalan. Kenapa Cikgu Safarin menunjukkan sikap yang pelik begini..
Setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya berbaur angau. Dia hendak mengorat akukah?
Kau masih di sekolah
Dan aku masih mentah
Kita lafazkan kata cinta
Yang tertulis dalam kamus asmara
Kau dan aku terpisah
Dewasa dibawa arah
Kita lupa ada sejarah
Yang tersimpan dalam kamus asmara
Terkadang kau menjelma
Mimpi indah sewaktu bersama
Itu cinta pertama
Tak mungkin kulupa
Pernah aku mencuba
Mencari mu entah di mana
Dan kini yang kutemui
Arca yang berbeda
Sayang selasih tuan
Tumbuh di hujung taman
Mekar bersendirian
Sayang kasihku intan
Harum sepanjang zaman
Biar kau milik orang
Kiranya engkau terdengar
Kesan cinta pertama
Walau di mana kau berada
Doaku semoga kau bahagia
Selamanya
Entah lagu zaman bila Cikgu Safarin ni dengar. Lagu zaman pak kaduk agaknya ni. Ish, dengarlah lagu Aishiteru ke, cinta muka buku ke.. Hikhik!
Petang ini Cikgu Syima akan membuat pemilihan untuk pemain-pemain bola jaring. Aku juga tidak mahu melepaskan peluang ini bagi mengikuti latihan pemilihan tersebut walaupun aku sudah pun terpilih untuk memasuki team badminton bagi mewakili sekolah. Dari tingkatan satu sampai ke tingkatan empat, aku memang sentiasa tidak melepaskan peluang untuk menceburkan diri dalam acara sukan di sekolah kerana ianya sudah menjadi minat aku sejak dari sekoah rendah lagi. Sekarang aku sudah berada di tingkatan lima tapi masih lagi mahu mencari peluang untuk melibatkan diri dalam sukan tahunan di sekolah..
Cikgu Syima mengarahkan aku dan Diana pergi ke stor peralatan sukan untuk mengambil beberapa lagi biji bola..
Aku dan Diana berjalan seiringan sambil bergurau senda. Pada kebiasannya kami berdua akan berjalan sambil berpimpin tangan. Usikan demi usikan dari Diana mengenai Cikgu Safarin yang cuba hendak mengorat aku menjadi tajuk perbualan hangat tapi aku tidak mahu mengulasnya dengan lebih panjang. Bagi aku, biarlah Diana sendiri yang beranggapan seperti itu. Aku tidak mahu jadi minah yang perasan! Hehehe..
Aku dan Diana berjalan di sepanjang koridor. Tiba-tiba kami terasa jejak langkah kami di ekori oleh seseorang. Sambil berjalan, aku membuat isyarat mata pada Diana mengenai seseorang yang sedang berada di belakang kami..
Aku dan Diana memberhentikan langkah kaki dan perlahan-lahan kami berpaling ke belakang. Tapi tiada satu kelibat manusia pun yang ada. Dalam hati mula terdetik perasaan takut kerana mengingatkan sekolah kami ini adalah sekolah berhantu apabila mendengar cerita daripada beberapa orang pelajar lain dan juga cerita dari pak guard..
"Anis.. Tak ada orang pun?"
""A'ah laa.. Tak ada sesiapa kan?"
"Jomlah. Nanti kita lambat pula sampai dekat bilik stor.."
Aku dan Diana kembali menyambung perjalanan tapi di sepanjang perjalanan yang kami atur, memang terasa benar seperti kami di ekori. Sekali lagi aku membuat isyarat mata pada Diana dan mula berbisik..
"Psssttt.. Nanti bila kita sampai dekat selekoh bangunan ni, kita sembunyi tau. Kemudian bila orang tu dah dekat, kau hulurkan kaki, lepas tu bila dia jatuh, aku tumbuk muka orang tu ek. Ok?"
"Ok, beres!"
Aku dan Diana mula buat rancangan nakal. Hihihi..
Lagi sekali kami menyambung perjalanan dan berlagak slumber kononnya tidak tahu apa-apa padahal dalam hati sudah tersemat dengan satu perancangan yang cukup rapi. Cewah!
Apabila tiba di penghujung koridor, aku dan Diana cepat-cepat bersembunyi di tepi bangunan..
Semakin lama, semakin jelas kedengaran bunyi derap kaki seseorang yang menghampiri tempat aku dan Diana sedang bersembunyi sekarang..
Aku dan Diana bersedia untuk memainkan peranan masing-masing. Diana akan menahan kakinya, aku pula akan melepaskan tumbukan pada muka orang yang mengekori kami..
Bunyi derap kaki semakin hampir dan jelas. Seraya itu juga Diana menghulurkan kakinya dan sepantas kilat aku mendepakan tangan ke depan sambil melepaskan tumbukan padu!
Dush!!
"Aduuuhhh!!"
Alamak! Cikgu Safarin?? Mampos aku!
"Cikgu Pareng??"
Diana menjerit sambil menutup mulut dengan kedua-dua tangan..
"Aduuuhhh....."
"Cikguuu.. Soriii.."
Aku duduk di sebelah Cikgu Safarin yang sedang jatuh terlentang ke belakang. Dia memegang mata kirinya dengan kedua-dua tangan. Aku cuba mengalih tangannya untuk melihat kecederaan yang di alaminya kesan daripada tumbukan yang aku lepaskan sebentar tadi..
"Cikgu, kami minta maaf ye! Ingatkan orang jahat. Tak sangka pula Cikgu sebenarnya yang mengekori kami dari tadi.."
Aku dan Diana membantu Cikgu Safarin berdiri semula dengan menarik kedua-dua tangannya. Mak ai.. Berat sungguh!
"Aduuhh.. Mana ada orang jahat dalam kawasan sekolah macam ni?? Kuat betul Anis pukul mata saya..! Siapa yang ajar tumbuk macam tu?? Aduuhh.."
"Errr.. Cikgu Izudin yang ajar.."
Aku menjawab dalam keadaan takut-takut..
"Cikgu Izudin?? Cikgu Izudin mana pulak?? Tak pernah dengar pun nama cikgu tu kat sekolah ni?? Auuuuhh.. Ssss....."
Cikgu Safarin masih lagi memegang matanya yang sudah lebam barangkali..
"Cikgu Izudin tu guru silat yang mengajar silat dekat sekolah ni. Tiap-tiap petang selasa dan khamis, dia datanglah mengajar silat kat sini. Saya dengan Anis salah seorang dari murid silatnya.."
Diana memberikan penjelasan pada Cikgu Safarin yang masih lagi mengaduh kesakitan. Kuat sangat ke aku melepaskan tumbukan tadi tu? Aku menilik buku lima tangan kananku. Ada sedikit rasa sengal. Keras juga tulang mata Cikgu Safarin ni. Baru sekarang aku terasa sakitnya..
"Tangan Anis tak apa-apa?"
Aik? Tiba-tiba pula Cikgu Safarin risaukan pasal tangan aku. Sepatutnya dia lebih risaukan lebam yang terdapat di bawah matanya tu..
"Tangan saya tak apa-apa. Ok aje. Cikgu, saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja.."
"Tak apa. Saya pun salah. Sebenarnya saya nak jumpa Anis tapi saya tak panggil nama Anis. Saya cuma ikut saja ke mana Anis dan Diana nak pergi.."
"Lain kali kalau cikgu nak jumpa dengan Anis, cikgu beritahu aje pada saya. Saya boleh aturkan pertemuan cikgu dengan kawan baik saya ni. Hehehe.."
Diana seakan-akan mengusik. Aku senyum dan tertunduk..
"Ish awak ni Diana. Bukan main lagi ye nak mengajar saya. Tahu la macam mana caranya saya nak jumpa dengan kawan baik awak ni.."
Eleh, kononnya Cikgu Safarin ni tahu macam mana cara nak jumpa dengan aku. Tahu apa kalau awal-awal lagi dah kena makan penumbuk?
Cikgu Safarin tersenyum dan mencuri-curi pandang ke arahku. Tapi aku sengaja mengalihkan pandangan ke arah lain dan tersenyum. Pandangan mata Cikgu Safarin membuatkan jantungku berdegup lain macam..
"Haaa.. Cikgu nak mengorat Anis yeee.."
Diana menggerak-gerakkan jari telunjuknya ke arah Cikgu Safarin..
"Diana.. Err.. Boleh awak tinggalkan saya dengan Anis sekejap?"
Erk!
"Okey.."
Diana memberikan persetujuan tanpa aku merelakannya. Cepat-cepat aku mencubit lengan Diana dan membulatkan mata ke arahnya. Tapi hanya sia-sia saja. Diana tidak mempedulikan isyarat mata yang aku buat. Dia hanya tersenyum dan beredar begitu saja..
Sekarang hanya tinggal aku dan Cikgu Safarin. Dia senyum, aku pun senyum. Pelik! Perasaanku kini sudah jadi lain macam..
"Ada apa cikgu nak jumpa saya? Ada hal penting ke?"
"Erm. Ada perkara penting yang saya nak cakapkan pada Anis. Boleh kita ke sana sekejap?"
Cikgu Safarin menunjukkan arah sebuah bangku di dalam taman bacaan yang di sediakan pihak sekolah dan kami mengorak langkah seiringan menuju ke tempat yang di maksudkan..
Dalam hati timbul pelbagai soalan. Entah apa perkara yang hendak di cakapkan Cikgu Safarin pada aku agaknya. Mungkin hendak berbincang soal mata pelajaran Bahasa Melayu barangkali. Betul ke? Skema je bunyinya..
"Anis suka dengan saya tak?"
"Ha?"
"Saya tanya.. Anis suka dengan saya ke tidak?"
"Tentulah saya suka. Cikgu kan sudah banyak kali menolong saya. Cikgu pinjamkan saya raket, cikgu belikan saya buku-buku rujukan, cikgu belikan saya novel, cikgu belikan saya beg sekolah baru.."
Aku menghadiahkan senyuman pada Cikgu Safarin sambil sepasang mataku memandang tepat pada lebam yang terdapat di sekitar matanya. Alahai, kasihan cikgu ni..
Cikgu Safarin menggaru kepala. Apa salah ke aku jawab?
"Bukan itu maksud saya..”
“Maksud cikgu apa? Straight to the point lah cikgu. Saya dah lambat ni. Lepas ni saya ada latihan bola jaring. Cikgu Syima dan yang lain-lain tentu sudah lama menunggu di padang..”
Aku mula berdiri dan berjalan beberapa langkah..
“Anis.. Tunggulah dulu. Saya belum habis cakap lagi..”
Cikgu Safarin juga turut sama berdiri dan berjalan beberapa meter menghampiri aku. Suasana di persekitaran amat jelas sekali kelihatan ramai pelajar yang sedang memerhati ke arah kami berdua..
Ada juga segelintir pelajar yang mula berbisik sesama mereka dan menunjukkan tangan ke arah aku dan Cikgu Safarin yang masih berada di dalam taman bacaan ini. Aku jadi tidak selesa dan tidak mahu pelajar-pelajar lain memandang serong pada kami berdua..
“Kalau cikgu nak cakap apa-apa yang penting, cikgu cakaplah sekarang. Janganlah terlalu banyak sangat maksud yang tersirat di sebalik kata-kata cikgu tu. Saya ni dah mula rasa tak selesa bila pelajar lain memandang ke arah kita. Cikgu tak rasa macam tu ke?”
“Ok, baiklah. Saya akan berterus-terang dengan Anis sekarang..”
Aku mengangguk dan mula bersedia untuk mendengar apakah perkara yang di maksudkan oleh Cikgu Safarin sebentar tadi..
“Anis..”
“Erm..”
“Sebenarnya saya…..”
Ish, hendak bersuara pun tersekat-sekat. Sebiji macam cd rosak..
“Cakaplah cikgu. Kalau cikgu tak nak cakap sekarang, cikgu cakap lain kali ajelah..”
Aku menarik muka empat belas!
“Ehem.. Ok-ok. Saya sebenarnya sudah terpaut……..”
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..”
Aku dan Cikgu Safarin menjawab salam serentak. Guru besar Puan Sharifah tiba-tiba muncul dan memberi salam
“Safarin, esok awal-awal pagi ada mesyuarat tau. Awak dah tahu ke belum?”
“Belum lagi puan. Pukul berapa?”
“Lepas perhimpunan..”
Puan Sharifah berlalu dan berjalan menghampiri tempat parking kereta. Aku juga turut sama meminta diri untuk pergi ke padang bagi mengikuti latihan bola jaring..
Sambil berjalan, aku sempat melemparkan padangan pada Cikgu Safarin yang masih lagi tidak berganjak dari taman bacaan itu. Dia tersenyum sambil berpeluk tubuh dan menujukkan isyarat di sekitar matanya yang lebam! Kikiki..
No comments:
Post a Comment