Saturday, 29 June 2013

sayang cikgu ketat ketat bab 12

‘SAYANG CIKGU KETAT-KETAT!’ – BAB 12


Tamat waktu kelas tambahan Bahasa Melayu, aku segera bergegas untuk pulang ke rumah. Kalau boleh aku tidak mahu terserempak dengan Cikgu Safarin di luar kelas untuk sehari dua ini. Perasaanku sedikit terguris apabila mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulutnya petang semalam ketika dia mengajak aku dan Diana pergi ke Taman Rekreasi di Kuala Berang..
Hanya bapa si Farah Adlynn saja yang dia segan. Ayahku bagaimana pula? Ah, manusia. Kalau duit menjadi keutamaan, hal-hal yang lain mudah saja di ketepikan..
Dia sudah pun sedia maklum Farah Adlynn tidak sukakan aku dan sering menghina aku tetapi kenapa pula dengan sewenang-wenangnya dia memberi persetujuan sebegitu? Aku sangsi dengan niat sebenar Farah Adlynn. Kenapa begitu mudah dia menerima syarat dari Cikgu Safarin. Arrrggghhh..
Memang aku betul-betul berkecil hati dengan tindakan dari Cikgu Safarin. Hari ini aku langsung tidak menjawab tegurannya apabila aku berselisih bahu dengannya di koridor menuju ke makmal sains. Aku buat-buat bodoh dan langsung saja berjalan seperti orang yang tak ada perasaan. Biarkan..
Sebelum masuk ke kelas tambahan tadi juga dia ada mempelawa aku untuk makan tengahari di luar tetapi dengan mudah saja aku menolak pelawaannya dan terus beredar menuju ke kelas..
Sekarang, aku hanya mahu pulang saja ke rumah. Tidak mahu berfikir langsung tentang Cikgu Pareng tu. Menyampah, geram, benci, tak suka.. Tak suka.. Tak sukaaaaa..!
Pantas saja kedua-dua kakiku melangkah sambil memegang erat tiga biji buku teks yang berada di tangan. Sesekali aku mengesat peluh di dahi dan hidung dengan tisu yang ku ambil dari dalam poket baju sekolah..
Sedang asyik aku menyusuri kaki lima jalan, tiba-tiba sahaja sebuah kereta berhenti dan membunyikan hon. Hurmmm.. Tak lain tak bukan, itu Cikgu Pareng!
Tetapi aku langsung tidak menghiraukannya dan terus berjalan seperti biasa seolah-olah aku tidak menyedari akan kehadirannya. Tentu dia tertanya-tanya sendiri kenapa aku bersikap seperti ini. Biarkan dia..
Apabila sepasang kakiku semakin maju ke depan, keretanya juga bergerak seiringan. Aku menjeling sedikit ke sebelah kanan dan mendapati cermin tingkap kereta mula terbuka perlahan-lahan..
“Anis..!”
Dia memanggil tetapi aku pura-pura tidak mendengar. Malas aku hendak melayan. Hayunan sepasang kakiku semakin laju. Kalau di perhatikan, sudah nampak seperti aku sedang memasuki acara sukan lumba jalan kaki pula..
“Anis..!”
Lagi sekali Cikgu Safarin melaungkan suaranya dari dalam kereta tetapi aku buat-buat bodoh dan langsung sahaja berjalan tanpa menoleh ke arahnya..
Apabila aku tidak memberi respon, terus sahaja keretanya di pecut laju dan berhenti secara mengejut di hadapan sekaligus menyekat perjalananku..
Ish, nak langgar aku ke apa??
Aku tidak bergerak dan berdiri tercegat seperti patung dan menunggu kelibatnya keluar dari kereta dengan perasaan geram. Tak sayang aku agaknya. Kalaulah tayar keretanya itu terpijak kaki aku, tidak semena-mena pula nanti kaki aku patah!
Pintu kereta di buka perlahan. Cikgu Safarin keluar menunjukkan diri. Kedua-dua tangannya di letakkan pada bumbung kereta. Pandangan matanya yang polos itu terarah padaku tetapi aku segera menoleh ke arah lain..
“Sehari suntuk saya nampak muka Anis masam je. Ada apa-apa yang tak kena?”
Cikgu Safarin mula mengutarakan soalan yang aku sendiri tidak ada mood untuk memberikan jawapannya..
“Tak adalah..”
Jawabku acuh tak acuh sambil membetulkan kedudukan beg sekolah yang ku sandang..
“Boleh percaya ke ni?”
Kunci kereta yang berada pada tangannya di ketuk-ketuk pada bumbung kereta. Aku masih lagi berlagak slumber kerana mahu menyembunyikan rasa tidak puas hati sejak dari petang semalam..
“Erm..”
Aku mengangguk perlahan seperti robot yang kekurangan kuasa bateri..
“Tengok tu. Macam tak ada mood je. Marahkan saya ye..”
Cikgu Safarin tersenyum. Aku? Masih lagi mahu melindungi perasaan kecil hati..
“Taklah..”
Aku berpura-pura seperti tidak pernah berlaku apa-apa dan terus memberikan jawapan yang seringkas mungkin..
“Anis..”
“Ye..”
“Boleh tolong senyum tak?”
Nak suruh aku senyum macam mana kalau hati aku sudah terasa..
“Tak boleh..”
Wah, masih lagi mahu berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku nampaknya aku ni..
“Erm.. Memang betul lah tu Anis marahkan saya tapi tak nak beritahu saya..”
Air muka Cikgu Safarin tiba-tiba saja berubah. Alahai, kasihan pulak..
“Kenapa? Cikgu rasa cikgu ada buat salah dengan saya ke?”
Aku mula menyoal balik. Ingin tahu jawapan yang akan keluar dari mulutnya..
“Entah. Saya tak pasti. Mungkin ada sikap saya yang mengguris perasaan Anis. Saya tak tahu kalau Anis sendiri yang tidak memberitahunya kepada saya..”
Nampaknya Cikgu Safarin tidak mengerti apa-apa kenapa aku bersikap dingin hari ini. Seperti dia tidak memahami pula hati seorang perempuan. Takkan begitu mudah dia lupa apa yang berlaku semalam. Dia bersetuju untuk memberikan tuisyen pada Farah Adlynn di rumah anak YB itu dan sekaligus melibatkan aku tanpa memaklumkan pada aku terlebih dahulu..
Bukankah dia sudah tahu Farah Adlynn tidak suka pada aku dan sering saja menghina kedudukanku memandangkan aku ini anak orang miskin..
Tapi, di sebabkan Cikgu Safarin sendiri tidak tahu apa sebab aku berkelakuan pelik begini, biarlah aku saja yang mengalah dan memendam rasa. Tidak mengapalah. Boleh sahaja aku anggap tidak pernah berlaku apa-apa..
“Tak ada apa-apalah cikgu. Jangan risau. Cikgu tak pernah buat salah apa pun dengan saya..”
Aku menipu dan cuba menyembunyikan gelodak rasa di hati yang ku tanggung sejak petang semalam..
“Kalau saya tak ada buat salah apa-apa, kenapa hari ni Anis langsung tak nak tegur saya. Saya ajak keluar makan tengahari tadi pun Anis tak mahu..”
“Sebab saya dah kenyang..”
Lagi sekali aku menipu. Ceh, nak menipu tak agak-agak. Macamlah Cikgu Safarin mahu saja percaya alasanku bulat-bulat??
“Anis jangan nak tipu saya. Bukan sehari dua saya kenal Anis. Dah hampir tiga bulan. Saya tahu bila masa Anis makan dan saya juga tahu bila masa Anis tak makan..”
Ish, tidak mahu mengalah nampaknya Cikgu Pareng ni. Tak mengapa..
“Apa yang cikgu boleh teka kalau cikgu nampak muka saya masam macam ni?”
“Entah. Apa yang saya tahu dan melalui pengalaman saya yang lepas-lepas, kalau orang perempuan muka dia masam, nampak macam tak ada mood.. Bila kita tanya apa masalah, apa kesalahan yang kita dah buat, tentu saja dia akan cakap tak ada masalah apa-apa, kita tak buat salah apa-apa tapi muka dia masih tetap macam tu jugak, itu tandanya perempuan tu tengah datang bulan..”
“Cikgu!”
Aku menggetap bibir dan mengecilkan pandangan mata. Mahu saja aku telan Cikgu Safarin yang kini sedang berdiri di sebalik keretanya itu..
“Hehehe.. Betul tak?”
Dia tersengih. Aku masih lagi menggetap bibir dan mula merasa geram dengan kata-kata yang baru sahaja meniti dari bibirnya..
“Tak lah..!”
“Betul la tuuu.. Ooo.. Tak nak mengaku ye.. Hehehe..”
“Eee..! Mana ada..!”
Aku menghentak sebelah kaki dan mula menarik muka kelat! Jahat dia..
“Tu muka Anis dah merah, betul la tu.. Hehehe..”
“Mana adalah.. Cikgu memang suka merepek..! Malas lah nak kawan dengan cikgu lagi. Saya balik dulu lah..”
“Saya hantarkan..”
“Tak perlu susah-susah. Saya boleh jalan kaki macam biasa..”
“Tapi saya tak mahu Anis jalan kaki hari ni. Tengok atas langit sana tu. Matahari sedang terik. Nanti muka Anis yang putih akan jadi gelap..”
“Biarlah gelap, tak ada siapa yang nak dekat saya pun..”
“Tapi saya nak..”
“Eleh.. Ayat je lebih cikgu tu..”
“Ooo.. Anis masih tak percayakan saya ye. Tengok laaa lepas Anis dah habis exam spm nanti saya terus masuk meminang!”
“Ish, tak mahulah saya. Jangan nak mengarut. Saya nak belajar dulu. Nak belajar tinggi-tinggi. Cikgu kena tunggu saya sekurang-kurangnya tujuh tahun lagi tau..!”
“Dah, jangan nak cakap banyak. Jom masuk dalam kereta. Saya hantarkan..”
“Sanggup tak cikgu tunggu saya selama tujuh tahun tu?”
“Sepuluh tahun pun saya sanggup. Dah, jom masuk. Ini satu arahan..!”
“Eleh.. Arahan konon. Yelah..”
Menonong saja aku melangkah dan menghampiri pintu kereta sambil ku perhatikan riak ceria yang terbit dari wajah Cikgu Safarin. Terasa dirinya menang barangkali. Huh.. Menyampah..

———————————————————————————————————-

Suasana dalam kereta agak sunyi. Sudah tidak ada apa lagi yang perlu aku bualkan dengan Cikgu Safarin yang sedang memandu di sebelah. Sesekali aku mencuri pandang pada wajahnya dan sesekali pula cepat-cepat aku melarikan pandangan mata setelah dia menoleh sekilas. Agaknya dia perasan aku sedang asyik memandang ke arahnya. Heee.. Malu..
Alahai cikgu.. Kenapa perlahan sangat dia drive ni? Macam sengaja hendak melambat-lambatkan perjalanan. Sudah pukul berapa agaknya sekarang..
Aku cuba memerhatikan jam yang sedang di pakainya pada tangan sebelah kiri. Owh.. Baru aku perasan, Cikgu Safarin ini kidal rupanya..
Jarum jam ku amati dengan tajam tetapi malangnya tidak jelas..
“Cikgu.. Dah pukul berapa sekarang? Kenapa perlahan sangat cikgu drive ni? Nanti saya terlambat pula sampai ke rumah..”
Pertanyaanku tidak di jawab malah Cikgu Safarin hanya tersenyum sendiri. Dia langsung tidak menoleh ke arahku yang masih lagi terkial-kial cuba mengamati jam yang sedang di pakainya..
Ish.. Susah-susah sangat, aku tarik tangannya nanti baru tahu..
“Hari ni saya nak bawa Anis lari. Tak mahu hantar Anis balik ke rumah..”
Cikgu Safarin bersuara tiba-tiba tanpa mempedulikan soalan yang sudah ku tanya sebentar tadi..
“Hah??? Cikgu jangan nak mengarutlah..”
“Kenapa Anis terperanjat? Takut lah tu.. Pagi tadi dekat sekolah bukan main sombong lagi Anis dengan saya. Saya tegur tak jawab, saya senyum pun tak balas, saya ajak keluar makan tengahari pun Anis tolak. Sekarang saya nak balas dendam. Nak bawa Anis lari jauh-jauh..”
Gulp! Biar betul apa yang aku dengar ni?? Cikgu Safarin tidak berguraukah?? Aku mula rasa tidak sedap hati. Perasaan risau dan takut mula menguasai diri..
“Lepas saya bawa lari, saya nak kahwin dengan Anis. Tak sanggup saya nak tunggu tujuh tahun tu. Satu tempoh yang terlalu lama untuk saya. Dalam jangka masa tujuh tahun, macam-macam perkara boleh berlaku. Macam-macam benda yang akan datang menguji kesetiaan kita. Sekarang, saya betul-betul nak bawa Anis lari. Apa Anis nak kata?”
Cikgu Safarin menyambung kata-kata ancamannya. Aku memandang sekilas pada wajahnya. Kelihatan dengan jelas air mukanya serius. Langsung tidak nampak dia bergurau..
Apakah betul-betul aku sudah mengenali Cikgu Safarin dengan sedalam-dalamnya? Apa selama ini aku tersilap dalam menilai? Apa betulkah saranan dari Khairul Azwandi supaya aku mengambil sikap berhati-hati dengan cikgu ini? Makkk..! Ayahhh..! Tolong Anis..!
Hatiku jadi tidak keruan. Jantungku berdegup kencang. Sepasang mataku sudah di penuhi dengan takungan airmata dan…..
“Sob..sob..sob.. Isk..isk..isk..”
Laju dan deras sekali air mataku jatuh berlinangan. Perasaan takut dan cemas amat payah untuk di gambarkan..
Dengan serta-merta saja Cikgu Safarin menekan brek sehingga memaksa kereta terhenti tiba-tiba..
Kemudian, kereta bergerak ke tepi kaki lima jalan. Namun, tangisanku kian menjadi-jadi seolah-olah tidak mahu berhenti. Belum pernah lagi aku merasa takut seperti ini. Kalau tengok cerita hantu pun belum tentu dapat menandingi rasa takut yang kini sedang aku rasa..
“Isk..isk..isk.. Sob..sob..sob..! Ayah tolong Anis.. Cikgu Safarin orang jahatttt..! Sob..sob..sob.. Isk..isk..isk..!”
Tangisanku semakin kuat kedengaran dan bergema di setiap ruang dalam kereta ini..
“Eh Anis..! Saya bergurau jelah..!”
Cikgu Safarin memegang tangan kananku dan cuba menenangkan aku tapi……….
“Cikgu tipuuu..! Cikgu memang orang jahatttt..! Cikgu kata nak bawa saya lari, nak kahwin dengan saya..! Sob..sob..sob..!”
“Takkk.. Saya bergurau je..!”
“Tipuuuu..! Isk..isk..isk..!”
“Betul saya tak tipu. Saya bergurau je. Sampai hati Anis cakap saya orang jahat ye. Dah, dah.. Jangan menangis kuat-kuat macam ni. Nanti kalau orang lalu-lalang dekat kawasan ni, tak pasal-pasal pula saya di tuduh menculik budak sekolah..”
Perlahan-lahan Cikgu Safarin menurunkan kedua-dua belah tanganku yang sejak dari tadi menutup muka..
“Bergurau?? Kalau nak bergurau pun agak-agaklah..!”
Aku mengangkat sebuah buku teks lalu ku pukul sedikit pada bahagian bahu kirinya..
“Langsung tak sakit. Hehehe..”
Cikgu Safarin tersengih nakal tapi aku tidak berpuas hati lalu ku angkat lagi sekali buku teks yang berada di tangan. Bersedia untuk memukul bahunya sekali lagi tetapi langsung saja Cikgu Safarin merampasnya dari tanganku..
Buku teks yang di rampas di letakkannya pada bahagian belakang kereta. Dia membetulkan posisi kedudukannya menghadap ke arahku dan tersenyum puas..
“Lain kali kalau Anis nak pukul saya, dengan tangan Anis sendiri pun boleh. Tak baik buat buku teks macam tu. Dalam isi setiap buku itu ada banyak ilmunya. Bukan hanya setakat buku-buku teks, malah bahan bacaan lain pun tentu saja ada maklumat yang berguna. Jangan buat macam tu lagi tau..”
Erk! Percuma saja kena ‘basuh’. Padan muka aku..
———————————————————————————————————-


Patutlah Cikgu Safarin kata dia hendak membawa aku lari, rupanya sudah terlajak sampai ke Kuala Berang. Entah apa tujuannya membawa aku sampai ke sini. Apabila aku menyatakan kebimbangan sekiranya akan di marahi ayah kalau aku masih lagi tidak pulang-pulang dari sekolah, katanya aku tidak perlu risau kerana pada waktu rehat di sekolah pagi tadi, dia keluar untuk berjumpa dengan ayahku di tempat kerja dan meminta izin supaya dapat membawa aku ke sini sebaik sahaja tamat waktu kelas tambahan..
Pandai betul Cikgu Safarin ni. Sebelum mengumpan aku, dia sudah bersiap sedia mengumpan ayah juga..
Cikgu Safarin memberhentikan kereta betul-betul di hadapan sebuah kedai yang menjual telefon bimbit..
“Jom kita keluar..”
Belum pun sempat aku hendak bertanyakan soalan, tangan cikgu Safarin sudah mula membuka tali pinggang keledar yang sedang aku pakai. Ish, aku boleh buat sendiri apa..
Apabila keluar dari kereta, aku hanya mengekori langkah Cikgu Safarin dari belakang. Dia mula melangkah masuk ke dalam kedai yang menjual pelbagai jenama telefon bimbit..
Aku teruja apabila dapat melihat jenis-jenis telefon bimbit yang berada di dalam meja dan terlindung oleh kaca pada bahagian atasnya..
“Anis tahu tak, hampir setiap jam, setiap hari saya selalu rindukan Anis. Kalau boleh hari-hari saya nak berbual dengan Anis di sekolah tapi memandangkan Puan Sharifah dah bagi warning dekat saya hari tu, terus saja saya batalkan niat saya.  Bila rindu  dekat Anis, saya tengok buku latihan Anis yang masih ada dengan saya. Tengok tulisan Anis, terus hilang rindu saya. Apa.. Anis tak rasa macam apa yang saya rasa?”
Cikgu Safarin bersuara tiba-tiba tetapi nada bunyinya agak romantis gitu..
“Hikhikhik..”
Aku sedikit tergelak kerana belum pernah lagi Cikgu Safarin membuang tabiat begini..
“Kenapa Anis gelak?”
“Cikgu ni berjiwang sangat kenapa?”
“Saya dah memang di ciptakan begini, apa saya boleh buat? Hehehe..”
Geli betul hati aku apabila melihat telatah cikgu yang seorang ini. Kalau di lihat daripada sikapnya, mungkin ramai yang tidak percaya bahawa Ahmad Safarin Bin Haji Subki ini merupakan seorang guru apabila di pandang sekali imbas..
“Sekarang cikgu cakaplah, kenapa cikgu ajak saya datang sini? Cikgu nak beli handphone baru ke?”
“Saya tak nak cakap selagi Anis tak beritahu saya apa yang Anis rasa kalau satu hari Anis tak dapat berbual dengan saya di sekolah..”
Ish, mengada-ngada pula dia ni. Sekali aku tangankan baru tahu. Kikiki.. Ganas aku..
“Penting ke untuk cikgu tahu?”
“Mestilah penting sebab ianya ada kena mengena dengan kedai yang menjual telefon bimbit ni..”
“Cikgu ni peliklah. Tak faham saya..”
“Itu semua tak penting. Apa yang saya mahu tahu sekarang, Anis kena jawab dulu soalan saya. Kalau tak jawab, kita balik saja..”
“Eh, macam tu pulak? Apa yang penting sangat tu?”
“Anis tak perlu banyak soal dengan saya. Anis jawab je apa yang saya tanya tadi tu..”
Haih.. Banyak pulak cekadaknya..!
“Oklah.. Susah betul bercinta dengan cikgu ni. Semua benda nak tahu. Ermmm.. Rindu juga kot..”
Ringkas saja aku menjawabnya. Lagipun aku malu hendak mengaku dengan mengeluarkan ayat yang paling berjiwa-jiwa seperti apa yang di ucapkan Cikgu Safarin sebentar tadi..
Budak amoi yang sedang melayan karenah kami hanya tersenyum simpul apabila mendengar perbulan di antara aku dan Cikgu Safarin..
“Macam tu aje jawapan Anis? Macam tak bersungguh-sungguh bunyinya.”
“Heee.. Cikgu ni cerewetlah. Ermmm.. Ya, saya juga rindukan cikgu kalau satu hari tak dapat berbual dengan cikgu di sekolah. Rindu ketat-ketat dekat cikgu. Puas hati dah?”
“Ok.. Sangat puas hati. Satu jawapan yang ringkas tapi padat. Ini yang saya suka. Hehehe..”
“Ok sekarang cikgu cepatlah beli handphone yang cikgu mahu tu. Nanti terlewat saya nak balik rumah..”
“Anis suka yang mana?”
“Haa..? Apa dia?”
“Saya tanya, Anis suka yang mana?”
“Ooo.. Maksud cikgu, cikgu nak suruh saya pilihkan untuk cikgu ye..”
“Tak. Pilihkan untuk Anis laaa..”
Pilihkan untuk aku?? Apa hal pulak?? Dahiku berkerut seraya berfikir. Jangan-jangan dia nak belikan handphone untuk aku tak? Ish, jangan nak perasanlah Anis. Kau fikir harga sebuah telefon bimbit tu murah ke? Ucapku sendiri di dalam hati..
“Maksud cikgu?”
“Saya nak beli handphone untuk Anis..”
Hah sudah! Memang tepat sekali aku menduga..
“Cikgu serius ke ni?? Cikgu jangan nak main-main dengan saya..”
“Cuba tengok muka saya, ada nampak macam muka orang tengah main catur ke? Atau tengah main bola ke..”
Cikgu Safarin tersengih mengada-ngada. Aku mencebik sambil menarik muka empat belas!
“Loyar buruk pulak. Cakaplah betul-betul..”
“Ya, betul la.. Saya nak belikan handphone untuk Anis..”
“Janganlah cikgu. Nanti kalau ayah saya dapat tahu, jenuh saya nak bersoal jawab dengan dia..”
“Pasal hal tu Anis janganlah risau. Kalau ayah tanya, cakap aje saya yang bagi. Tentu dia faham..”
“Saya peliklah dengan cikgu ni. Dengan ayah pun saya pelik. Kenapa tiba-tiba pulak ayah saya tu boleh berbaik-baik dengan cikgu. Sekarang ni nampaknya dia betul-betul percayakan cikgu. Cikgu ada baca jampi serapah dekat ayah saya ek..”
Aku menggoyang-goyangkan jari telunjuk sambil mengecilkan mata..
“Eh, ada pulak Anis fikir sampai ke situ. Saya tak mainlah jampi-jampikan orang ni. Khurafat tu. Jangan banyak tanya boleh tak? Sekarang tolong pilih handphone mana yang Anis mahu. Lagi cepat Anis pilih, lagi cepat kita balik..”
“Saya seganlah. Lagipun saya tak biasa guna handphone. Saya bukannya pandai. Selalu tengok aje kawan-kawan kat sekolah guna tapi tak pernah sentuh. Handphone Diana pun saya tak pernah pegang. Sekarang, cikgu nak belikan saya handphone pulak. Silap haribulan handphone tu nanti saya letak dalam almari buruk kat rumah saya je..”
“Nanti saya ajarkan laa.. Takkan saya nak biarkan Anis terkapai-kapai seorang diri. Lagipun tentu nanti Diana juga boleh tolong ajarkan Anis.. Kan? Sekarang Anis pilih handphone mana satu yang Anis berkenan..”
Aku menggetap bibir tanda sedikit memprotes. Sekarang baru aku faham kenapa tiba-tiba sahaja Cikgu Safarin mengeluarkan topik pasal rindu-merindu. Rupanya dia hendak membelikan aku sebuah telefon bimbit. Mesti lepas ni dia hendak ber’sms’ dengan aku barangkali. Itu aku pasti. Hehehe..
“Cikgu pilih sendirilah. Saya bukannya tahu sangat pasal benda-benda alah ni semua..”
“Ok, saya pilihkan ye.. Ermmm.. Anis suka warna apa?”
“Pink..”
“Hah??”
“Pink lah. Tak dengar ke?”
Aku membulatkan sedikit mata..
“Kalau dah perempuan tu perempuan lah jugak.. Hehehe..”
Eleh, menyampah betul. Macamlah orang lelaki tidak ada satu orang pun yang sukakan warna pink?? Bentak hati kecilku..

No comments:

Post a Comment