Sunday, 16 June 2013
karangan
(NIE CONTOH YG SYIRA WAT TUK KARANGAN TEMA KUARGA.. CONTOH JER… X TAU BTUL KER X AWW)
Dasawarsa ini sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan Negara yang semakin gah dipersada dunia. Namun di sebalik itu, kita acap kali tersentak oleh pelbagai masalah yang menjadi factor hubungan kekeluargaan pada masa kini menjadi longgar.
Antara faktor yang menyebabkan hubungan kekeluargaan pada masa kini semakin longgar ialah kesibukan ibu bapa yang bekerja sehinggakan mengabaikan anak anak di rumah. Hal ini dapat diatasi jika ibu bapa yang bekerja sanggup meluangkan masa dan waktu untuk anak anak di rumah, agar mereka tidak terasa di abaikan oleh kedua orang tua mereka.
Selain itu, kurangnya masa anak anak di rumah. Hal ini dapat di lihat pada zaman ini anak anak sering didedahkan dengan aktiviti aktiviti di luar rumah yang di adakan oleh pihak sekolah,pusat tuisyen mahupun agensi agensi lain. Selepas tamat waktu persekolahan anak anak pasti akan terlibat dengan aktiviti aktiviti kokurikulum dan menyebabkan mereka akan pulang ke rumah pada lewat petang. Hal ini belum di kira bagi anak anak yang mengambil kelas tambahan malam di tempat tempat tuisyen yang di tawarkan. Keadaan ini semua menyebabkan masa anak anak lebih digunakan di luar rumah berbanding berada di rumah bersama keluarga.
Seterusnya, keperihatinan ibu bapa terhadap masalah anak anak. Ibu bapa seharusnya mengambil berat akan masalah yang di hadapi oleh anak anak mereka agar mereka tahu bahawa mereka masih mempunyai tempat untuk mengadu dan berkongsi masalah. Seandainya ibu bapa kurang peka terhadap masalah anak anak, ini mungkin akan menyebabkan anak anak mencari intensif sendiri dengan menggunakan cara yang salah seperti menghisap dadah, merokok dan membuli.
Disamping itu , hubungan kekeluargaan renggang apabila setiap ahli keluarga tidak bersefahaman dan bertolak ansur. Ibu bapa seharusnya menjadi contoh dan model untuk anak anak agar mereka akan sentiasa bertolak ansur antara ahli keluarga yang lain. Selain ibu bapa kakak dan abang juga berperana untuk menunjukkan tauladan yang baik dan memahami antara satu sama lain bagi mengelakkan pergaduhan antara adik beradik tercetus.
Akhir sekali ialah, kurangnya kasih sayang. Hal ini biasanya terjadi kerana ibu bapa yang bekerja dan mempunyai anak yang kurang pintar bagi mereka. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang kurang pintar , mereka seharusnya diberi dorongan dan semangat untuk terus meningkatkan kemahiran diri dan ibu bapa tidak seharusnya merendahkan dan membandingkan anak nak yang kurang pintar dengan anak anak lain yang pintar. Kesimpulannya ialah, terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi masalah hubungan kekeluargaan pada masa kini semakin longgar.
(cer bagi pribahasa yang sesuai tuk karangan nie leh tak…?? Jgn ciplak sudaa penat memerah otak nie.. hehehe joke jer)
isnin=2 karangan surat kiriman rasmi aper 2 tajuk kuwt
selasa=2 karangan surat kiriman tidak rasmi aper2 tajuk kuwt
rabu=2 karangan tema kluarga
so total nye 6 karangan bukan nye 4 karangan jer yer sahabat ku sayang... selamat bekerja wahai jari n otak huhuhuhuh... untuk seminggu 6 karangan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kak , saya ambil contoh karangan ini okay untuk rujukan pt3 saya , namun saya ada edit sikit . Terima kasih kak :)
ReplyDeleteboleh je dik... moga dapat membantu adik yee.. manjadda wajada....
Deleteboleh je dik... moga dapat membantu adik yee.. manjadda wajada....
Delete