Sunday, 16 June 2013

ALLAH SENTIASA ADA DGN KITA

Allah menguji keikhlasan kita apabila kita bersendirian, Allah menguji kematangan kita dengan ditimpakan masalah dan cabaran, Allah menguji kesabaran kita dengan dilandakan kesakitan dan kekecewaan.. Sesungguhnya Allah menguji kita dengan semua itu bagi menilai sedalam mana keimanan dan keyakinan kita terhadap pentadbiranNya.. 

Kekadang kita mudah merungut, kekadang kita mudah mengeluh, kekadang kita mudah marah, kekadang kita mudah berputus asa, malah kekadang kita hilang keyakinan kepadaNya.. 

Namun ingatlah bahawa tatkala sesuatu yang diharapkan tak mampu dikecapi, sesuatu yang dihajatkan tak dapat dimiliki, sudah pasti semua itu bukan yang terbaik buat diri. Tika itu Dia sedang merancang untuk memberi yang lebih baik dan sempurna lagi. Bukanlah Dia tidak tahu sedihnya hatimu, kecewanya jiwamu, deritanya dirimu, tapi Dia tahu dan mahu berikan yang terbaik buat hambaNya.

No comments:

Post a Comment