Perkataan `mohon’ bermaksud minta. Ayat contoh:
1.” Mohon tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi,” kata juruacara majlis itu.
Perkataan `pohon’ bermaksud tumbuhan yang berbatang besar serta keras atau pokok. Ayat contoh:
Perkataan `pohon’ bermaksud tumbuhan yang berbatang besar serta keras atau pokok. Ayat contoh:
2. Pohon sena di tepi jalan itu telah tumbang.
Maksud yang kedua ialah asal mula atau pangkal, atau pokok.
3. Arak yang diminum oleh mereka itu merupakan pohon segala kejahatan.
4. Kami terus masuk ke dalam bangunan itu apabila melihat pohon angin yang mendung.
5. Beliau membina pohon bahasa Astronesia supaya pelajarnya mengetahui rumpun bahasa Melayu.
4. Kami terus masuk ke dalam bangunan itu apabila melihat pohon angin yang mendung.
5. Beliau membina pohon bahasa Astronesia supaya pelajarnya mengetahui rumpun bahasa Melayu.
Dengan berdasarkan maksud perkataan `pohon’ dan `mohon’ seperti yang terdapat dalam kedua-dua entri perkataan tersebut di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kedua-dua perkataan itu berbeza makna dan jenisnya. Perkataan `mohon’ ialah kata kerja pasif, manakala perkataan `pohon’ ialah kata nama. Oleh hal yang demikian, kata dasar bagi perkataan `memohon’ ialah mohon, bukan pohon. Oleh hal yang demikian, ayat di bawah ini tidak gramatis.
6. Pohon berikan terjemahan nama kediaman/bangunan berikut "service apartment".
7. Pohon pandangan mengenai program komuniti yang ingin dilaksanakan oleh PERDA kepada penerima bantuan persekolahan dan rakyat termiskin.
8. Pohon diberi terjemahan yang sesuai untuk perkataan "over and above".
Perkataan yang tepat untuk ayat (6) hingga (8) ialah:
6(a) Mohon berikan terjemahan nama kediaman/bangunan berikut "service apartment".
7(a) Mohon pandangan mengenai program komuniti yang ingin dilaksanakan oleh PERDA kepada penerima bantuan persekolahan dan rakyat termiskin.
8(a) Mohon diberi terjemahan yang sesuai untuk perkataan "over and above".

Dari segi kata kerja pasif pula, kata yang tepat ialah `dipohon', bukan `dimohon'.
Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, entri bagi perkataan `pohon’ diwujudkan. Namun demikian, maksud perkataan `pohon’ yang diberikan ialah memohon atau meminta sesuatu dengan hormat. Ayat yang dikemukakan ialah
9. Dia ingin memohon sebidang tanah untuk tapak rumah.
No comments:
Post a Comment