Nama Pena: Mrs. yie
Pagi ini awal-awal lagi aku sudah bertembung dengan Cikgu Safarin di pertengahan koridor menuju ke kelas. Apabila bertembung dengannya, aku teringat peristiwa semalam di mana secara tidak sengaja aku telah menumbuk mukanya. Mak ai.. Ganas betul. Anak murid tumbuk muka cikgu!
Baru aku perasan, hari ini Cikgu Safarin memakai cermin mata hitam. Erk! Baru nampak terserlah ke'macho'annya. Patutlah ramai sangat pelajar-pelajar perempuan suka memberi perhatian pada cikgu ini. Tapi yang beruntungnya aku. Hehehe..
Semasa berselisih bahu dengan Cikgu Safarin, dia berpura-pura batuk. Aku sekadar menjeling dengan ekor mata sahaja sambil tersenyum. Dalam hati ada sedikit perasaan bersalah dek kerana peristiwa semalam. Tak pasal-pasal mata Cikgu Safarin lebam gara-gara termakan buku lima dari aku..
Mungkin kerana mata dia lebam, jadi terpaksa dia memakai cermin mata hitam hari ini. Itu aku pasti..
"Assalamualaikum anak murid saya yang paling comel. Lajunya berjalan. Sampai tak nampak saya berdiri dekat sini. Dah makan belum? Nak masuk kelas ye.."
Teguran dari Cikgu Safarin segera menghentikan langkah yang ku atur. Aku mengundur beberapa langkah ke belakang dan menghampiri Cikgu Safarin yang sedang berdiri..
"Waalaikumussalam. Cikgu apa khabar? Mata cikgu macam mana?"
Aku memulakan pertanyaan tetapi tidak berani mengangkat muka. Memang betul-betul aku merasa bersalah di atas perbuatan yang sudah aku lakukan padanya tanpa di sengajakan..
Perlahan-lahan Cikgu Safarin mengangkat cermin mata hitam yang di pakainya dan di letakkan di atas kepala sambil melemparkan senyuman mesranya untuk aku. Apabila dia tersenyum seperti itu, perasaanku jadi tidak menentu dan gementar..
"Saya sihat. Cuma mata saya yang tak sihat. Semalam dapat 'hadiah' buku lima dari pelajar kesayangan saya.."
"Siapa pelajar cikgu yang menghadiahkan buku lima tu pada cikgu? Saya kenal ke?"
Hihihi.. Nak jadi pelakon sekejap..
"Dia comel, kulit dia putih, mata dia kecik, badan pun kecik. Tapi saya tak sangka dia kuat. Nasib baik mata saya tak buta. Kalau tidak, dah tentu saya akan minta ganti dengan mata dia yang kecik tu.."
Cikgu Safarin berseloroh nakal dan membuatkan aku tersipu-sipu malu..
"Size mata saya dengan cikgu tak sama. Mata saya size S, mata cikgu size L. Macam mana pula mata cikgu hendak di gantikan dengan mata saya? Tentu nampak kelakar.."
Hehehe.. Nak bergurau sangat dengan saya ye Cikgu Pareng? Kikiki..
"Tangan Anis macam mana? Sakit tak? Boleh saya tengok?"
Eh? Dah tak nak berlakon lagi ke?
"Tangan saya tak apa-apa. Saya cuma risaukan mata cikgu. Teruk juga nampaknya lebam tu. Cikgu tak pergi klinik?"
"Tak.. Balik ke rumah semalam, saya tuam dengan ais je.."
"Ooo.. Lagi sekali saya minta maaf ye cikgu. Kalau di ikutkan, tindakan saya dan Diana memang tidak patut.."
"Tak mengapa.. Kuat betul Anis pukul mata saya. Rupanya Anis belajar silat. Dah lama Anis belajar?"
Cikgu Safarin memakai semula cermin mata hitamnya yang dari tadi terletak di atas kepala. Terkesima sekejap apabila aku memandangnya. Memang patutlah dia banyak mencuri perhatian ramai di sekolah ini. Dengan wajahnya yang sebegitu sudah cukup membuatkan pelajar-pelajar perempuan lebih gemar bercakap tentangnya daripada membicarakan soal pelajaran. Ish! Hebat juga penangan Cikgu Safarin ini..
"Saya belajar silat dari kecil lagi. Belajar dengan ayah. Ayah saya membuka gelanggang silat di kampung. Cikgu Izudin yang mengajar silat dua kali seminggu dekat sekolah ini merupakan bekas anak murid ayah saya.."
"Semalam Anis ada menyebut pasal Cikgu Izudin, hari ini pun Anis sebut lagi. Cemburu saya.. Hehehe.."
Uik? Cemburu kenapa pula? Pelik..
"Kenapa nak cemburu pula?"
"Cikgu Izudin tu dah kahwin ke belum? Berapa umurnya?"
"Dia dah kahwin la. Dah ada anak pun. Umurnya saya tak pasti. Cikgu ni sebiji macam polis kan? Serba serbi nak tahu.."
"Dah kahwin? Dah ada anak? Lega saya.."
Cikgu Safarin mengurut dada. Aku menggelengkan kepala sambil mengerutkan dahi. Semakin hari, tingkah laku yang di tunjukkan Cikgu Safarin semakin pelik..
Selang beberapa minit kemudian, Cikgu Safarin berjalan menuju ke arah taman bunga yang terletak tidak jauh dari tempat aku sedang berdiri..
Perlahan-lahan dia membuka pintu pagar taman itu lalu menuju ke arah sebatang pokok bunga loceng. Aku yang berdiri di sini hanya memerhatinya saja..
Sekuntum bunga loceng yang berwarna kuning keemasan di petiknya lalu di bawanya bersama. Kalau di ikutkan peraturan sekolah, adalah menjadi satu kesalahan apabila memetik bunga di dalam taman itu tapi nampaknya Cikgu Safarin ini langsung tidak menghiraukan peraturan yang sudah jelas tertulis di situ..
Dengan berbekalkan sekuntum bunga loceng di tangan, dia datang menghampiriku beserta senyuman. Bunga loceng yang kini sedang berada di tangannya terus di letakkan di atas dua biji buku teks yang sedang ku pegang..
“Untuk Anis..”
Semasa Cikgu Safarin meletakkan bunga loceng itu di atas buku teks, kebetulan pula ada beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan yang sedang lalu lalang di hadapan kami berdua. pandangan mata mereka tidak berkerlip. Mulut berbisik sesama sendiri. Aku mengerti..
“Untuk saya? Terima kasih cikgu..”
“Sama-sama kasih..”
Sama-sama kasih? Hikhik..
Kringgggg!!!!!
Loceng waktu perhimpunan sudah pun berbunyi. Aku segera meminta diri untuk berlalu ke kelas sebelum menghadirkan diri ke perhimpunan..
Sepasang kakiku mengorak laju sambil sepasang mataku tidak melepaskan peluang memandang ke arah Cikgu Safarin yang masih setia berdiri di tengah koridor itu. Dia senyum, melambaikan tangan dan………. Mengenyitkan mata?? Gulp!
Apabila mendapat ‘hadiah’ yang tidak terduga itu, sepasang kakiku semakin laju melangkah seperti robot yang sedang ditekan remote control nya! Adoi Cikgu Safarin..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Hello miss Anis..”
“Hello Mr.Curly..”
“Awak mencari sesuatu?”
“Ye..”
“Cari apa?”
“Cikgu Syima suruh saya ambil bola jaring kat dalam stor ni. Sir ada nampak tak?”
“Ooh I see. Nanti saya tolong carikan. Wait a minute..”
Terbongkok-bongkok Mr.Curly mencari bola yang aku maksudkan. Selang beberapa minit kemudian, bola yang di kehendaki Cikgu Syima sudah pun berada di tangan Mr.Curly. Dia tersenyum sambil menghulurkan bola itu kepadaku lantas ku ambil dari tangannya dan mengucapkan 'terima kasih'..
Baik juga rupanya Mr.Curly ni. Aku fikirkan dia jenis cikgu yang serius sepanjang masa tapi rupanya tidak. Di dalam kelas memang mukanya saling tak tumpah seperti harimau yang mahu menerkam mangsanya tapi apabila di luar kelas, lain pula karektor peribadi yang di tunjukkannya..
Bola sudah berada di tangan, tiba masanya untuk aku pergi ke padang dan berlatih. Sebaik sahaja aku berjalan beberapa langkah, kelibat Cikgu Safarin kini muncul. Dia berdiri betul-betul di hadapanku sambil tersenyum mesra seperti selalu. Cermin mata hitam masih di pakainya. Entah sampai bila agaknya lebam pada bahagian matanya akan sembuh? Kasihan dia..
Aku membalas senyumannya tapi langsung saja aku meminta diri untuk ke padang. Sebaik saja aku ingin mengorak langkah, tiba-tiba Cikgu Safarin menarik bola yang aku pegang dari belakang..
Serentak itu juga aku berpaling semula ke arahnya dan mendapati dia sedang tersengih! Ish, kenapa pula dia buat begini?
Cikgu Safarin menyembunyikan bola di belakang badannya. Bibirnya tidak lekang mengukir senyum..
"Cikgu.. Kenapa cikgu ambil bola tu? Cikgu nak main bola jaring ke apa?"
Soalan yang terpacul dari mulutku ada berbunyi nada geram. Tindakan Cikgu Safarin yang mengambil bola secara diam-diam dari tanganku seperti tindakan pelajar-pelajar lelaki nakal yang ada di sekolah ini..
"Saya saja nak bergurau dengan Anis. Tak boleh ke? Ok, sekarang cuba Anis ambil bola ini dari tangan saya.."
Ooo.. Dia nak main-main rupanya. Ok, tak mengapa. Kita tengok siapa yang akan menang! Heh..
Aku mendekatkan jarak dengan Cikgu Safarin dan cuba mengambil bola yang di sorok di belakang tangannya namun sia-sia. Dia mengalihkan posisi bola yang di pegangnya ke sebelah kiri..
Bila aku hendak mengambil bola itu di sebelah kiri, Cikgu Safarin mengalihkannya pula ke sebelah kanan. Bila aku hendak mengambilnya dari sebelah kanan, dia melarikan pula bola
itu ke sebelah kiri. Aku menggetap bibir dengan perasaan sebal. Lagi sekali aku cuba untuk mengambil bola itu dari tangan Cikgu Safarin tapi dia mengalihkan pula bola itu ke sebelah atas dengan mengangkat tinggi kedua-dua tangannya! Adoi dia ni..
Kalau bola itu sudah di alihkan ke sebelah atas, memang aku langsung tidak dapat berbuat apa-apa. Cikgu Safarin lebih tinggi dari aku. Kalau aku tak fikirkan segala jasa baik Cikgu Safarin pada aku, dan tidak memikirkan dia seorang guru yang mesti aku hormat, sudah tentu aku tendang kedua-dua kakinya! Hehehe..
Mr.Curly yang baru saja keluar dari bilik stor peralatan sukan, memerhati saja gelagat aku yang cuba mendapatkan bola dari tangan Cikgu Safarin. Dia tersengih dan sesekali rambut kerintingnya yang lebat terbuai-buai di tiup angin..
Tiba-tiba aku mendapat idea!
"Cikgu! Rambut Mr.Curly tertanggal!"
Ceh, idea lapuk!
Cikgu Safarin sedikit pun tidak beralih pandangannya pada Mr.Curly malah dia sengaja membuat isyarat tangan pada Mr.Curly supaya Mr.Curly berlalu dari situ. Eee.. Geramnya!
"Ooo.. Anis cuba nak pasang perangkap ye. Hehehe.."
"Cikguuu.. Please laaa. Saya tak larat nak main-main macam niii.. Cikgu tahu tak, dari tengahari tadi sampailah sekarang, saya tak makan apa-apa pun lagi. Saya tak nak membazirkan tenaga saya dengan merebut bola tu dari tangan cikgu. Lagipun sekejap lagi saya ada latihan bola jaring. Saya nak simpan tenaga yang seciput ni untuk latihan tu nanti.."
Cewah, aku buat dialog kasihan depan Cikgu Safarin. Secara tiba-tiba pula air mukanya berubah dan dengan sepantasnya juga dia menghulurkan bola yang berada di tangannya padaku. Hihihi.. Menjadi juga aku punya dialog kasihan itu..
Aku langsung mengambil bola itu dari tangannya..
"Anis belum makan lagi??"
Dahi Cikgu Safarin berkerut seribu!
Aku menggelengkan kepala dan tertunduk. Memang betul apa yang aku perkatakan tadi. Satu biji nasi pun masih belum masuk lagi ke perut dari tengahari sampai ke petang dan bukannya aku sengaja mereka-rekakan cerita. Seperti biasa wang saku berjumlah satu ringgit di berikan ayah pagi tadi tidak mencukupi untuk aku berbelanja satu hari suntuk di sekolah..
Apabila tamat waktu persekolahan, pada kebiasaannya aku memang tidak pulang ke rumah kerana mengikuti sesi latihan sukan di sekolah pada waktu petang. Sebaik sahaja habis latihan sukan, selalunya air paip sajalah yang aku teguk bagi menghilangkan dahaga..
Diana rakan baikku selalu membelanjakan wangnya untuk aku tapi kadang-kadang terpaksa juga aku menolak kerana tidak mahu terlalu bergantung harap padanya yang sudah banyak kali menolong aku..
"Kenapa Anis tak makan? Nanti macam mana nak dapatkan tenaga apabila bersukan?"
Soalan yang di ajukan oleh Cikgu Safarin membuatkan aku tidak tahu hendak menjawabnya bagaimana..
Apabila aku tidak memberikan respon dengan soalan yang di beri, Cikgu Safarin mendekatiku. Sepasang mata kami bertemu. Secara tiba-tiba saja terbit satu perasaan istimewa yang sedang bermain-main pada tangkai hati. Aku tidak mengerti apakah maksudnya dengan perasaan istimewa ini..
"Kalau Anis tak ada duit, berterus terang sajalah dengan saya.."
Aku menggelengkan kepala. Masih juga aku tidak mahu mengaku hal yang sebetulnya. Memang benar aku tidak mempunyai wang yang mencukupi setiap kali datang ke sekolah. Sebagai mengalas perut, setiap pagi aku sudah siap-siap bersarapan di rumah hanya menikmati juadah ala kadar yang termampu di sediakan ibu..
"Anis, kalau Anis tidak mahu berterus terang sekalipun dengan saya, saya memang sudah tahu apa masalah sebenar yang Anis hadapi. Lain kali kalau Anis bermasalah begini, jangan segan silu untuk datang cari saya. Saya ada di mana-mana dalam kawasan sekolah ini. Dalam kelas, bilik guru, dalam dewan.. Atau di mana-mana saja dan pada bila-bila masa Anis boleh mengadu masalah Anis pada saya.. Ok?"
"Kenapa cikgu suka berbuat baik dengan saya? Kerana simpati ke?"
"Kerana lebih dari itu.."
"Maksud cikgu?"
"Sebenarnya saya..... Saya menyimpan satu perasaan
"Anis!"
Tiba-tiba suara Diana kedengaran dan bergema di setiap ruang dinding batu bangunan sekolah. Segera aku beralih pandangan pada Diana yang sedang tercungap-cungap keletihan kerana dia berlari anak menuju ke sini..
Cikgu Safarin tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana terganggu oleh pekikan suara dari Diana barangkali. Dia bercekak pinggang dan meraup wajah machonya berkali-kali seperti tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Tak apalah cikgu, lain kali saja. Aku berbisik sendiri..
"Ada apa Diana?"
"Cikgu Syima cari kau laaa.. Kau buat apa dekat sini? Ooo.. Dating dengan Cikgu Pareng yeee.."
Diana tersenyum mengusik sambil menggerakkan kedua-dua jari telunjuk kiri dan kanannya ke arahku dan Cikgu Safarin. Aku tertunduk malu apabila Diana mengusik begitu. Pandanganku beralih pula ke arah Cikgu Safarin yang masih lagi tidak mahu berganjak atau meminta diri..
"Cikgu.. Saya minta diri dulu ye. Saya nak turun ke padang.."
"Kami pergi dulu ye cikgu hencemmm.."
Lagi sekali Diana mengusik. Kali ini Cikgu Safarin seorang saja yang kena. Cikgu hencem? Makin kembanglah hidung Cikgu Safarin nanti. Kikiki..
Belum pun sempat aku dan Diana mahu menyusun langkah dan beredar, Cikgu Safarin tiba-tiba memanggil namaku semula..
"Anis.. Tunggu sekejap.."
Cikgu Safarin mengeluarkan dompet dari poket belakang seluarnya sambil berjalan menghampiriku. Diana yang masih berdiri di sebelah cuba mengendap ke arah dompet yang sedang di buka. Pantas saja aku mencubit lengan Diana dan mengecilkan mata ke arahnya. Diana sedikit mengaduh dan tersengih..
"Anis ambil duit ni buat belanja.. Ok?"
Cikgu Safarin menghulurkan wang kertas bernilai RM50. Aku menggelengkan kepala dan menolak perlahan wang kertas yang di hulurkan..
"Saya tak mahu. Cikgu dah banyak tolong saya.."
"Ambil ajelah Anis.."
Diana menyampuk tiba-tiba..
"Kalau Anis menolak, saya akan berkecil hati.."
Cikgu Safarin menghulurkan kembali wang kertas yang berada di tangannya. Aku menjadi serba salah sambil memerhati pada wang kertas itu. Wang sejumlah ini boleh di katakan sama dengan gaji yang di terima ayahku selama dua hari bekerja di kilang papan..
Tiba-tiba hatiku tersentuh. Tanpa di sedari juraian air mata sedang menuruni pipi mulusku dan ianya di sedari oleh Cikgu Safarin dan Diana..
"Anis kenapa??"
Suara Cikgu Safarin mula kedengaran risau..
"Kenapa ni Anis?"
Diana pula menyoal sambil memeluk bahuku erat. Aku meleraikan pelukan Diana dan mula beredar. Hatiku meruntum pilu secara tiba-tiba..
Dengan pantas aku berlalu tanpa bersoal jawab dengan Cikgu Safarin dan Diana. Air mata jatuh lebat bertitisan..
No comments:
Post a Comment